• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 07/08/2020
  • Komen
Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin
Share on FacebookShare on Twitter

Upin Ipin merupakan kartun animasi yang diminati ramai kanak-kanak. Kembar cilik ini memiliki ramai peminat di Malaysia dan lebih banyak lagi di Indonesia. Mungkin kerana itu, Les Copaque selaku penghasil animsi Upin Ipin, telah melancarkan video muzik yang dipanggil ‘Goyang Upin & Ipin’.

Video ini menampilkan Upin Ipin dan rakan-rakan, menyanyi dan menari melenggang-lenggok mengikut irama dangdut lagu tersebut. Selepas 24 jam dimuat naik, video ini telah ditonton lebih sejuta kali.



Walaupun ia berjaya menarik ramai penonton, banyak juga komen di media sosial yang tidak suka dengan video tersebut. Salah satu darinya ialah dari YouTuber Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Beliau sebelum ini mengajak orang ramai untuk melaporkan sebarang video Upin Ipin, yang diubahsuai dengan memuatkan unsur lucah.

Saya tak faham kenapa @lescopaque mempromosi budaya gelek dan dangdut kepada kanak-kanak.

Banyak lagi tarian di nusantara ni yang lebih sopan dan berbudaya.

Maaf cakap, video terbaru Upin Ipin ini dah hampir sama level dgn memes/ video yang saya lawan haritu. https://t.co/KRqltijJDZ

— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) August 4, 2020

Akhi Fairuz menjelaskan, beliau tak faham kenapa Les Copaque mempromosi budaya gelek dan dangdut kepada kanak-kanak kerana ada banyak lagi tarian di nusantara ni yang lebih sopan dan berbudaya. Malah, beliau menyamakan video muzik ini, sama taraf dengan video berunsur lucah yang cuba beliau perangi sebelum ini.



Dalam sudut lain, ramai pengguna media sosial mempersoalkan pula tujuan Les Copaque tidak menggunakan tarian yang lebih dekat dengan budaya Malaysia. Antaranya mengatakan Les Copaque menukar angin untuk menarik peminat yang jauh lebih besar di Indonesia.

Apa pula pendapat anda dengan video muzik ini? Adakah ia sesuai dan baik untuk kanak-kanak?

Perlahan lahan upin ipin jadi milik indonesia..Malaysia banyak ja tarian traditional tapi dangdut jugak dipetik upin ipin hhmmm

— Ho Ah Loke (@imanfarhan18) August 5, 2020

PADA SAYA, selama ini kartun Upin ipin represents anak2 pra-sekolah yg dibesarkan dlm persekitaran kampung di Malaysia..so dangdut bukanlah dari sini.. apalagi sampai bergelek2.. saya x dpt bayangkan budak2 tadika bergelek 😞😞.. influence n impact upin ipin sgt besar utk kanak2

— Salina (@sal_10000) August 3, 2020
https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1290549813545558017
Tags: Les CopaqueUpin Ipin
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin

Warganet berbalah pendapat tentang tarian dangdut Goyang Upin Ipin

7 August 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN