• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark 3S dengan skrin lebih laju akan dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:23 pm
  • 04/09/2020
  • Komen
Black Shark 3S dengan skrin lebih laju akan dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark baru-baru ini telah memperkenal versi naik taraf kecil kepada telefon pintar mereka dan diberi nama Black Shark 3S. Serba-serbi telefon ini sangat serupa dengan Black Shark 3 yang dilancarkan pada bulan Mac lepas. Perbezaan ketara adalah pada kelajuan skrinnya, kini dengan kadar penyegaran 120Hz berbanding 90Hz.

Peranti baru ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi apabila kedai rasmi Black Shark di Shopee, telah memuat naik promosi pembelian awal Black Shark 3S. Jualan pertama akan diadakan pada hari Selasa, 8 September 2020, pukul 12 tengah malam.



Terdapat dua warna disediakan iaitu Skyfall Black dan Crystal Blue. Harga jualan Black Shark 3S di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Black Shark 3S (RAM 12GB + Storan 128GB) – RM 3,199
  • Black Shark 3S (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM 3,499

50 pembeli terawal Black Shark 3S akan turut menerima hadiah percuma iaitu Black Shark Carry Case, penyejuk Black Shark FunCooler, 1-tahun perlindungan skrin, hadiah misteri Black Shark dan baucar bernilai RM 100. 50 pembeli seterusnya juga akan menerima hadiah percuma iaitu Black Shark Gamepad 2.0 Left + Gamepad 3.0 Holder, penyejuk Black Shark FunCooler, 1-tahun perlindungan skrin, hadiah misteri Black Shark dan baucar bernilai RM 100.



Untuk perbandingan, Black Shark 3 dengan RAM 8GB, storan 128GB dan skrin 90Hz dijual pada harga RM 2,799. Ia akan dijual lebih murah semasa promosi Shopee 9.9 pada 9 September 2020, pada harga hanya RM 2,494.

Seperti yang dikatakan tadi, Black Shark 3S mengekalkan rupa dan spesifikasi yang hampir sama dengan Black Shark 3. Ia memiliki skrin AMOLED HD Penuh berukuran 6.67-inci, kini dengan kadar penyegaran 120Hz bersama kadar sentuhan 270MHz.

Kuasanya digerakkan oleh pemproses Snapdragon 865, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Tenaganya disalurkan dari dwi-bateri dengan kapasiti 4,720mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C. Ia turut memiliki speaker stereo dan jek audio 3.5mm.

Untuk kamera, ia masih kekal dengan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera pengesan kedalaman 5MP. Di hadapan, ia menggunakan kamera 20MP yang terletak di dalam bingkai di atas skrin, mengekalkan rupa skrin penuh tanpa takuk dan lubang.

Tags: black sharkBlack Shark 3S
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Black Shark 3S dengan skrin lebih laju akan dijual di Malaysia

Black Shark 3S dengan skrin lebih laju akan dijual di Malaysia

4 September 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN