• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 8T akan sampai Malaysia pada 22 Oktober

  • OLEH Najib
  • 2:22 pm
  • 15/10/2020
  • Komen
OnePlus 8T akan sampai Malaysia pada 22 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijangka, OnePlus Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan OnePlus 8T di Malaysia. Telefon pintar OnePlus ini baru sahaja dilancarkan di pentas antarabangsa malam semalam dan kini diumumkan akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan.

Acara pelancaran OnePlus 8T di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 22 Oktober 2020, pukul 12 tengah hari. OnePlus tidak menyatakan bagaimana pelancaran akan dilakukan, hanya meminta peminat menunggu pengumuman seterusnya di Facebook OnePlus Malaysia. Tetapi melihatkan penularan COVID-19 yang masih belum reda, dijangka ia akan dibuat secara dalam talian sahaja.



Harga jualan OnePlus 8T di Eropah adalah seperti berikut:

  • OnePlus 8T (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 599 (~RM2,923)
  • OnePlus 8T (RAM 12GB + Storan 2568GB) – EUR 699 (~RM3,411)

Untuk perbandingan, harga OnePlus 8 yang telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini adalah seperti berikut:



  • OnePlus 8 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,899
  • OnePlus 8 (RAM 12GB + Storan 2568GB) – RM3,299

Harga OnePlus 8T di Malaysia kelak pasti tidak jauh berbeza dengan harga OnePlus 8 di atas. Persoalannya, lebih atau kurang?

Jika belum tahu, OnePlus 8T disuntik sedikit naiktaraf dari OnePlus. Ia masih dikuasakan cip Snapdragon 865, RAM LPDDR4x dan storan UFS 3.1. Skrinnya dari jenis Fluid AMOLED HD Penuh, kini lebih pantas dengan kadar penyegaran 120hz.

Baterinya sebesar 4,500mAh, juga dinaiktaraf dengan pengecas lebih pantas, Warp Charge 65W. Kamera pula ada 4 di belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 16MP, kamera makro 5MP dan ditambah kamera monokrom 2MP. Kamera hadapan masih 16MP, di dalam lubang di sudut atas skrin.

OnePlus 8T adalah telefon pertama OnePlus datang siap dengan sistem operasi OxygenOS 11, berasaskan Android 11. Ia juga memiliki speaker stereo Dolby Atmos tetapi tiada jek audio.

OnePlus 8T disuntik skrin ultra 120Hz dan pengecas ultra 65W
Tags: OnePlusOnePlus 8T
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 8T akan sampai Malaysia pada 22 Oktober

OnePlus 8T akan sampai Malaysia pada 22 Oktober

15 October 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN