• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengecas dwi-peranti Apple MagSafe Duo akan dijual di Malaysia dari RM589

  • OLEH Najib
  • 7:11 pm
  • 09/11/2020
  • Komen
Pengecas dwi-peranti Apple MagSafe Duo akan dijual di Malaysia dari RM589
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akan mula menjual iPhone 12 di Malaysia minggu ini dan ia tidak lagi datang dengan kepala pengecas. Jika anda berminat mendapatkan pengecas wayarles yang kompak, anda boleh membeli pengecas MagSafe Duo Charger.

Pengecas MagSafe Duo Charger telah muncul di Stor Online Apple, dengan tanda harga RM589. Ia adalah pengecas dua dalam satu, mampu mengecas iPhone dan Apple Watch serentak.



Pengecas ini boleh dilipat jika tidak digunakan, menjadikan ia sangat mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. Apabila dibuka, ia memiliki pad pengecas MagSafe di sebelah kiri, dan pengecas magnetik Apple Watch di sebelah kanan.

Di bahagian pad pengecas MagSafe, ia boleh digunakan untuk mengecas bukan sahaja iPhone 12, malah apa juga peranti yang menyokong pengecasan wayarles. Ia termasuk iPhone model terdahulu, serta fon kepala AirPods dan AirPods Pro.



Kabel USB-C ada di dalam, tetapi kepala pengecas tidak disertakan bersama. Pengguna dicadangkan untuk menggunakannya bersama kepala pengecas USB-C 20W yang berharga RM99 dan datang dengan kabel USB-C ke Lightning.

Apple juga ada menjual pengecas ini secara berasingan. Pengecas Magsafe dijual pada harga RM179 dengan kabel USB-C sepanjang 1 meter. Tetapi kuasa mengecasnya sehingga 15W sahaja. Manakala pengecas wayarles Qi biasa mengecas dengan kuasa 7.5W sahaja.

Untuk pengecas magnetik Apple Watch, ia dijual dalam bentuk dok berharga RM349 manakala pengecas standard berharga RM149.

Tags: appleApple MagsafeApple MagSafe Duo Charger
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Pengecas dwi-peranti Apple MagSafe Duo akan dijual di Malaysia dari RM589

Pengecas dwi-peranti Apple MagSafe Duo akan dijual di Malaysia dari RM589

9 November 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER