Di China, nampaknya mesin swalayan di sana sudah naik satu darjat lebih tinggi. Ia kini miliki tayar dan bergerak sendiri. Penduduk di Shanghai boleh temui trak saji mini menjual juadah KFC di sekitar metropolitan tersebut.
Trak saji ini tiada pemandu kerana ia diperkasa teknologi 5G. Syarikat yang bernama Neolix adalah yang bertanggung jawab dalam penghasilannya. Trak ini miliki sistem pemanduan autonomous tahap 4 dengan bantuan sensor-sensor yang bertaburan disekelilingnya.
KFCの無人販売車があった。 pic.twitter.com/GyI661MlsR
— プーアル (@shanghaineko) November 17, 2020
Ia mengambil kuasa daripada tenaga bateri dan boleh pergi sejauh 100km pada kelajuan maksimum 50km/h. Kalau bateri tambahan diperlukan, ia boleh ditukar dalam masa 30 saat saja tanpa sebarang peralatan.
Trak yang sama juga mungkin pernah digunakan di Thailand. Pada ketika itu, kenderaan tanpa pemandu digunakan di Hospital Siriraj untuk menghantar bantuan perubatan tanpa sentuhan.
Berbalik kepada trak saji KFC ini, ia menerima bayaran secara tanpa tunai seperti kod QR dan pintu kenderaan akan dibuka untuk beri akses kepada makanan yang ditempah pelanggan.