• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Taman Tema ini guna topeng muka sebagai tarikan, jual topeng muka berharga 1 juta Yen

  • OLEH Najib
  • 2:58 pm
  • 05/12/2020
  • Komen
Taman Tema ini guna topeng muka sebagai tarikan, jual topeng muka berharga 1 juta Yen
Share on FacebookShare on Twitter

Topeng muka yang menjadi satu kewajipan masakini, telah berubah menjadi fesyen dalam masa yang singkat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, rakyat Jepun sebenarnya telah lama mengamalkan pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah?

Tidak hairanlah jika Jepun menerajui fesyen topeng muka apabila wabak COVID-19 melanda dunia. Lebih menarik lagi, ada yang membawanya setapak lebih jauh dengan membuka taman tema mini, bertemakan topeng muka di Jepun.



Terletak di bandar Yokohama, tidak jauh dari Tokyo, taman tema mini yang dinamakan Tokyo Mask Land telah dibuka pada 1 Disember 2020. Kita boleh melihat suasana taman tema ini menerusi laporan SoraNews24 yang dibawakan oleh encik Sato.

Tokyo Mask Land ini terletak di tingkat 3, Kompleks Asobuild di Yokohama, Jepun. Ia dibuka selama sebulan, dari 1 hingga 30 Disember 2020. Waktu operasinya dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Lebih menarik lagi, masuk adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan.



Sebenarnya tiada apa yang boleh dimainkan di taman tema mini ini. Tiada roller-coaster, tiada merry go round atau rumah hantu. Tetapi ia menyediakan beberapa sudut bergambar yang … agak menarik. Berlatarkan salji dan krismas.

Bagaimanapun, fokus utama taman tema ini adalah penjualan pelbagai jenis rekaan dan fesyen topeng muka. Dikatakan terdapat lebih 250 jenis topeng muka boleh dibeli di sini. Antara topeng muka yang unik adalah topeng muka berlampu LED.

Tetapi lebih mengejutkan, adalah mengenai dua jenis topeng muka istimewa. Pertama adalah topeng muka edisi terhad yang hanya ada 1 unit sahaja dihasilkan, berharga JPY 100,000 (~RM3,896). Ia tidak dipamerkan secara terbuka, hanya boleh dilihat jika meminta dari pembantu kedai. Tidak pasti apa yang mahal mengenainnya.

Topeng kedua pula lebih mahal, berharga JPY 1,000,000! (~RM38,968). Topeng ini dinamakan Gold Dust Mask, atau topeng muka debu emas. Tidak hairanlah harganya mahal jika benar terdapat emas padanya, tetapi adakah ia boleh dipakai dan selesa dipakai? Ada satu cara untuk mengetahuinya, iaitu membelinya.

Memandangkan COVID-19 masih belum reda, sudah pasti kita di Malaysia tidak boleh melancong ke Jepun lagi. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang taman tema topeng muka ini, boleh layari laman web Tokyo Mask Land dan ikuti mereka di instagram @Tokyo_Mask_Land.

Pasti menarik jika ada yang mahu membuka taman tema sebegini, atau membuka tempat sehenti untuk membeli pelbagai jenis topeng muka di satu tempat. Sementara permintaannya masih hangat dan tinggi.

[Sumber: SoraNews24]

Tags: Tokyo Mask LandTopeng Muka
Najib

Najib

POPULAR

Taman Tema ini guna topeng muka sebagai tarikan, jual topeng muka berharga 1 juta Yen

Taman Tema ini guna topeng muka sebagai tarikan, jual topeng muka berharga 1 juta Yen

5 December 2020
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN