Seperti yang pernah kami laporkan, jika anda tidak mahu berada dalam senarai menunggu Proton X50 yang terlalu panjang, anda boleh pertimbangkan dapatkan X50 melaui servis Flux. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat kereta dalam masa 7 hari sahaja.
Flux adalah satu servis langganan kereta dan untuk Proton X50, mereka sediakan dua varian untuk dilanggan iaitu:
- Proton X50 Flagship
- Proton X50 Premium.
Anda boleh melanggan salah satu daripada dua model ini pada bayaran bulanan serendah RM1,858.
Berdasarkan contoh yang diberikan, kalau anda memandu keluar Proton X50 Flagship menggunakan Flux, anda katanya berjimat lebih -71% pada bayaran pendahuluan berbanding jika anda dapatkannya melalui pinjaman konvesional.
Mereka juga nyatakan yang anda berjimat 30% pada tahun pertama pemilikan. Tambahan pula, anda tidak perlu bertanggungjawab keatas insurans kereta, cukai jalan, dan selenggara kerana semuanya ditanggung beres oleh Flux.
Untuk mula melanggan, anda cuma perlu keluarkan bayaran permulaan sekali sahaja ditambah dengan bayaran bulanan bergantung pada pelan yang dipilih. Semuanya boleh dicaj masuk ke kad kredit anda tanpa perlu melalui proses permohonan pinjaman sewa-beli yang renyah.
Walau bagaimanapun, kenderaan masih menjadi milik Flux diakhir langganan anda dan sekiranya anda ingin jadikannya milik anda sepenuhnya, ia boleh dibeli daripada Flux di bawah program Subscribe to Own.
Langgan Proton X50 Premium
Ini adalah varian kedua paling mahal dalam keluarga Proton X50 iaitu pada RM93,200 (selepas penolakan SST). Di bawah Flux, anda boleh ambil pelan langganan 36 bulan dengan komitmen RM1,858/bulan.
Bayaran permulaan yang perlu anda keluarkan adalah RM3,009.47 dan jika anda ingin memilikinya di akhir langganan, nilai kereta pada ketika itu adalah RM68,000.
Ada juga kontrak langganan yang lebih pendek. Untuk 24 bulan, komitmen bulanan anda adalah RM2,092/bulan ataupun RM2,414/bulan untuk kontrak 12 bulan.
Anda juga dikenakan kuota perjalanan 1,250KM/bulan. Maksudnya, jika anda pandu melebihi kuoata tersebut, anda akan dikenakan bayaran untuk setiap jarak yang melebihi kuota sebelum kitaran bil langganan.
Kalau 1,259KM/bulan tak cukup, anda boleh beli “booster” pada RM266/bulan untuk tambahan 2,000KM ataupun tambahan RM887/bulan untuk kuota tanpa had.
Langgan Proton X50 Flagship
Ini adalah varian paling mahal dan premium dalam barisan Proton X50 iaitu pada RM103,300 (selepas penolakan SST). Di bawah Flux, anda boleh ambil pelan 36 bulan dengan kuota perjalanan 1,250KM pada RM1,995/bulan.
Bayaran permulaan yang perlu anda keluarkan adalah RM3,278.41 dan jika anda ingin memilikinya di akhir langganan, nilai kereta pada ketika itu adalah RM78,000.
Ada juga kontrak langganan yang lebih pendek. Untuk 24 bulan, komitmen bulanan anda adalah RM2,278/bulan ataupun RM2,630/bulan untuk kontrak 12 bulan.
Anda juga dikenakan kuota perjalanan 1,250KM/bulan. Maksudnya, jika anda pandu melebihi kuoata tersebut, anda akan dikenakan bayaran untuk setiap jarak yang melebihi kuota sebelum kitaran bil langganan.
Kalau 1,259KM/bulan tak cukup, anda boleh beli “booster” pada RM290/bulan untuk tambahan 2,000KM ataupun tambahan RM967/bulan untuk kuota tanpa had.
Anda boleh layari laman rasmi Flux untuk maklumat lanjut.