• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Flux bakal tawar Proton X50 untuk dilanggan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 19/11/2020
  • Komen
Flux bakal tawar Proton X50 untuk dilanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu SUV terhangat dalam pasaran masa ini, nak dapatkan tempahan untuk miliki Proton X50 semakin susah. Berita terbaru daripada pengeluarnya adalah tempahan sudah melebihi 27,000. Sudah tentu senarai menunggunya agak panjang.

Sekiranya anda nak dapatkan juga Proton X50 tanpa perlu menunggu, anda boleh langgan servis Flux. Di laman rasmi Flux, mereka sudah pun mula membuka pendaftaran minat ke atas kereta ini.



Sebanyak dua varian X50 akan disediakan untuk dilanggan iaitu Flagship dan Premium. Kalau anda nak beli varian tersebut, ia miliki harga rasmi masing-masing RM103,300 dan RM93,200.

Apakah Flux?

Flux adalah satu servis sewa kereta. Dengan bayaran bulanan mengikut jenis kereta dan manfaat yang dilanggan, anda beroleh sebuah kereta untuk digunakan tanpa perlu menanggung hutang pinjaman bank.



Antara benda yang boleh suaikan adalah seperti:

  • Jenis kereta
  • Tempoh langganan
  • Kuota kilometer

Ketiga-tiga pemboleh ubah ini akan menentukan premium bulanan yang perlu anda bayar. Bagusnya tentang Flux adalah, segala kos selenggara termasuklah cukai jalan akan ditanggung oleh pihak mereka.

Sewaktu pendaftaran, anda cuma bayar wang deposit kemudian bayaran bulanan akan di caj ke dalam kad kredit anda.

Kalau anda tak sabar nak tunggu X50, Proton X70 kini boleh dilanggan pada harga serendah RM2,195/bulan dengan kontrak selama 36 bulan bersama-sama dengan kuota kilometer sebanyak 1,250km.

[Sumber: Flux]

Tags: fluxProton X50
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Flux bakal tawar Proton X50 untuk dilanggan

Flux bakal tawar Proton X50 untuk dilanggan

19 November 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER