Garmin Malaysia mengumumkan pelancaran Vivofit jr 3 iaitu jam tangan pintar (smartwatch) penjejak kecergasan kanak-kanak yang boleh di pantau oleh ibu bapa. Vivofit berkerjasama dengan Disney dan Marvel menghasilkan jam tangan dan aplikasi mudah alih bertemakan watak pengembaraan. Rekaan yang dihasilkan adalah sama seperti jam Garmin dewasa.
Antara watak yang tersedia ialah Black Panther, Iron Man, Disney Princess dan Disney The Little Mermaid. Dipaparan skrin jam tangan pintar tersebut akan ada imej karakter yang mereka mahukan.
Spesifikasi
Smartwatch ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hitam, hijau dan putih. Tali jam dihasilkan daripada material silicon dan ianya tahan lasak. Maka penggunaannya sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.
Selain itu, skrin transflektif pada jam ini ialah 0.56-inci (14.11 x 14.11 mm) dan mempunyai berat 25 gram sahaja. Ianya juga bersifat kalis air sehingga 5 ATM bersamaan 50 meter dalam air.
Tambahan lagi, smartwatch ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga satu tahun. Oleh itu, ia boleh dipakai selama 24 jam tanpa perlu dibuka dan ibu bapa tidak perlu risau untuk menukar bateri.
Fungsi kecergasan
Melalui smartwatch ini, ibu bapa boleh memantau tidur anak-anak dengan menggunakan aplikasi Vivofit jr yang perlu dimuat turun. Selain itu, jam ini juga akan membantu mengira jumlah langkah dan jarak yang dilalui oleh anak-anak yang memakainya.
Ianya juga boleh disambungkan kepada peranti iphone dan android melalui sistem bluetooth.
Ciri khas kanak-kanak
Jam ini memerlukan kanak-kanak menyelesaikan aktiviti fizikal 60 minit pada setiap hari. Oleh itu, jam ini akan memberi panduan kepada pemakai untuk melakukan aktivit tersebut.
Melalui jam ini juga, kanak-kanak boleh mengumpul mata ganjaran selepas menyelesaikan tugas yang diperlukan.
Terdapat kiraan masa apabila kanak-kanak melakukan tugas. Iaitu 2, 5, 10, 15, 20 dan 30 minit.
Lebih eksklusif, skrin jam ini akan memaparkan maklumat kenalan sekiranya berlaku kecemasan (In Case of Emergency (I.C.E.))
Ciri khas ibu bapa
Ibu bapa boleh memantau aktiviti, waktu tidur dan tugas anak sepanjang menggunakan aplikasi Vivofit Jr. Selain itu, ibu bapa juga dapat menetapkan kerja rumah dan masa bermain anak-anak. Apabila tugas sudah ditetapkan, akan muncul ikon tugas tersebut di paparan smartwatch anak. Ini akan membantu anak-anak yang tidak dapat membaca mengetahui apa yang mereka perlu lakukan.
Lebih menarik, ibu bapa juga dapat memberikan wang syiling maya kepada anak sebagai ganjaran apabila mereka berjaya menyelesaikan tugas.
Aktiviti khas Marvel dan Disney
- Kanak-kanak boleh memilih skrin masa yang disediakan untuk melengkapkan rekaan smartwatch mereka. Pilihan adalah bergantung kepada jenis jam yang dimiliki.
- Apabila kanak-kanak mencapai 60 minit aktivti harian yang sudah ditetapkan, mereka dapat maju ke aktiviti khas yang disedikan oleh Marvel atau Disney.
- Mereka berpeluang membantu Avengers menghentikan rancangan Loki, menyelamatkan dunia dari Ultron dan banyak cabaran lain lagi.
- Fakta menyeronokkan juga akan muncul sepanjang aktiviti tersebut dilakukan.
- Semakin banyak aktiviti yang berjaya dilakukan, semakin banyak kisah dan permainan yang mereka boleh tempuhi.
Harga
Anda boleh mendapatkan Smartwatch Vivofit jr. 3 dikedai jenama Garmin, kedai AECO dalam talian, Lazada, Shopee dan semua peruncit Garmin yang sah dengan harga RM390.
Vivofit jr. 3 sangat bagus untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh memantau anak-anak dan mereka juga akan dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.