• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pelanggan FoodPanda boleh dapat pulangan wang jika pesanan bermasalah dengan cara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:35 am
  • 16/12/2020
  • Komen
Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam membina kepercayaan dan keyakinan antara pelanggan dengan Foodpanda, semua produk dan tawaran yang disediakan oleh syarikat ini menyediakan ciri bayaran balik (refund) kepada pelanggan. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya syarat yang disediakan dapat dipenuhi oleh pembeli.

Proses bayaran balik adalah sah kepada sebarang pembelian dan perkhidmatan melalui Foodpanda, sama ada pelanggan mengalami masalah berkaitan pandamart, penghantaran makanan, caj penghantaran, penawaran kod diskaun atau masalah baucar.



Syarat bayaran balik merangkumi:

  1. Pembatalan oleh rakan kongsi (kedai makan, kedai serbeneka)
  2. Pesanan yang salah dihantar
  3. Makanan yang tumpah
  4. Barang yang hilang dari senarai pesanan.

Pada masa ini, Foodpanda telah menyediakan proses dan perkhidmatan pembayaran balik kepada pelanggan untuk mendapatkan semula wang bayaran mereka. Ciri ini adalah khas untuk pelanggan yang sudah membayar sahaja bukan untuk cash on delivery (tunai semasa penghantaran).

Cara dapatkan bayaran balik

  1. Pelanggan boleh mengakses ciri ‘Pesanan Saya’ (My Orders) dalam Help Centre yang terdapat di aplikasi foodpanda. Di situ pelanggan boleh memilih pesanan yang bermasalah, kemudian tekan soalan bayaran semula. Pelanggan akan diberikan peluang untuk membuat aduan di situ.
  1. Sebagai alternatif, pelanggan boleh menghantar e-mel pertanyaan mereka atau aduan di [email protected]

Semua permintaan pengembalian wang disiasat dengan hati-hati untuk memastikan bahawa pelanggan dapat menerima pengembalian wang yang sah dalam masa 24 hingga 48 jam.



Namun, jika pelanggan memilih untuk dikembalikan melalui penawaran baucar Foodpanda, maka proses pemulangan akan berlaku dengan lebih cepat. Hal ini kerana baucer sudah tersedia dan akan segera dimasukkan ke akaun pelanggan setelah diperakui kelayakan untuk menuntut pemulangan.

Foodpanda tertakluk kepada peraturan yang ketat oleh Bank Negara Malaysia di mana peraturan ini diterapkan secara meluas dan dipatuhi sepanjang proses pengembalian wang. Itu merupakan punca proses pemulangan adakalanya mengalami sedikit kelewatan.

Selain daripada pilihan bayaran balik tersebut, Foodpanda juga akan meningkatkan dan menyelaraskan proses pengembalian wang dengan memperkenalkan ciri baharu dan kaedah pembayaran yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Diharapkan agar Foodpanda akan membenarkan pelanggan terus berkomunikasi dengan pegawai khidmat pelanggan untuk membuat aduan. Ini akan lebih memudahkan proses pemulangan wang. Pelanggan juga akan berpuas hati apabila aduan tersebut didengari oleh pihak Foodpanda.

Tags: FoodPanda
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Tiada caj penghantaran FoodPanda bermula esok

Pelanggan FoodPanda boleh dapat pulangan wang jika pesanan bermasalah dengan cara ini

16 December 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER