Telefon Xiaomi yang murah, hari ini diumumkan menjadi lebih murah. Mungkin tekanan dari pelancaran banyak jenama lain dalam julat harga yang hampir sama, Mi Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga untuk Redmi 5.
Tetapi hanya satu model yang diturunkan harga, iaitu Redmi 5 3GB/32GB. Dari RM679 kepada RM599 sahaja, pemotongan sebanyak RM80. Redmi 5 2GB/16GB masih kekal RM499, sama juga dengan Redmi 5 Plus yang kekal RM749 (3GB/32GB) dan RM899 (4GB/64GB).
Pleasant surprise this morning for you guys: Redmi 5 (3GB+32GB) is now available for RM599. Time to upgrade to full…
Posted by Mi Malaysia on Wednesday, 14 March 2018
Redmi 5 adalah telefon pintar dengan skrin nirbingkai 18:9 berukuran 5.7-inci dan resolusi HD+ 1440×720. Ia dikuasakan cip Snapdragon 450 dan datang dengan bateri 3,150mAh.
Telefon ini menggunakan sensor kamera 12MP di belakang dan 5MP di hadapan. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang. Sebanyak tiga warna ditawarkan untuk semua model Redmi 5 ini iaitu Hitam, Emas dan warna eksklusif Biru.
Telefon pintar Redmi 5 dengan harga baru ini boleh dibeli menerusi Stor Rasmi Mi di Lazada dan penjual sah Xiaomi seluruh Malaysia.
Beberapa telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan adalah seperti honor 9 Lite (RM749), Neffos N1 (RM1,099) dan Huawei Nova 2 Lite (RM799). Sementara itu, masih belum ada khabar angin tentang ketibaan Redmi Note 5 Pro ke Malaysia.
[Sumber: Facebook Mi Malaysia]