• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP i-Sinar: Ini cara untuk semak keputusan permohonan kategori 1

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:48 am
  • 04/01/2021
  • Komen
KWSP i-Sinar: Ini cara untuk semak keputusan permohonan kategori 1
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda ada memohon untuk keluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP menerusi program i-Sinar, keputusan permohonan tersebut sudahpun boleh disemak pada 4 Januari 2020.

Untuk semaknya, anda cuma perlu pergi ke laman web https://isinar.kwsp.gov.my/check-status.



Bila mendarat di laman rasmi, ada dua pilihan iaitu permohonan baru dan semak permohonan.

Anda perlu masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit sewaktu pemohonan i-Sinar dilakukan.



Keputusan permohonan terus keluar.

KWSP i-Sinar: Semua maklumat yang anda perlu tahu

2 kategori pencarum yang layak memohon i-Sinar

KWSP membahagikan 8 juta pencarum yang layak memohon i-Sinar ke dalam dua kategori.

Kategori 1

Kategori 1 ialah mereka yang:

  • Bekerja dalam sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji

Syarat tambahan yang memasukkan mereka dalam kategori 1 adalah:

  • Tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa memohon; ATAU
  • Gaji pokok telah dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 30% selepas 1 Mac 2020.

Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan. Malahan, kelulusan akan dilakukan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

i-Sinar untuk kategori 1 boleh mula dimohon pada 21 Disember tahun 2020 di portal isinar.kwsp.gov.my

Kategori 2

Kategori dua ialah golongan yang pendapatannya berkurangan sebanyak 30% atau lebih. Pengurangan pendapatan merangkumi pengurangan gaji, elaun, dan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Untuk permohonan kategori ini, dokumen tambahan diperlukan iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa

Sekiranya dokumen-dokumen seperti di atas tidak boleh disediakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank, dan surat pengesahan majikan akan turut diberi pertimbangan oleh pihak KWSP.

Pemohon yang berada dalam Kategori 2 boleh mula memohon bermula 11 Januari 2021 melalui portal isinar.kwsp.gov.my.

Tags: i-sinarkwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
KWSP i-Sinar: Ini cara untuk semak keputusan permohonan kategori 1

KWSP i-Sinar: Ini cara untuk semak keputusan permohonan kategori 1

4 January 2021
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER