• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Malaysia Airlines tawar penerbangan dengan harga tetap sempena Tahun Baharu Cina

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:37 pm
  • 04/01/2021
  • Komen
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines membuat tawaran harga tiket tambang tetap untuk perjalanan sehala sempena Tahun Baharu Cina yang akan tiba tidak lama lagi. Harga tersebut juga ditawarkan buat semua tempat duduk sepanjang penerbangan.

Harga tetap penerbangan

Harga untuk Lite



  • Dalam semenanjung, RM129
  • KL – Sarawak, RM169
  • KL – Sabah, RM189

Harga untuk Basic

  • Dalam semenanjung, RM179
  • KL – Sarawak, RM229
  • KL – Sabah, RM249

Harga untuk Flex



  • Dalam semenanjung, RM249
  • KL – Sarawak, RM299
  • KL – Sabah, RM319

Berikut ialah perbezaan Lite, Basic dan Flex:

Lite

  • Dapat makanan
  • Hiburan dalam pesawat
  • Tambah Enrich Miles
  • Bagasi kabin 7kg
  • Tiada pemulangan wang.

Basic

  • Dapat makanan
  • Hiburan dalam pesawat
  • Bagasi kabin 7kg
  • Bagasi check-in 20kg
  • Naik taraf tempat duduk dengan Enrich Miles
  • Diskaun kanak-kanak 10%
  • Boleh lakukan sekali penukaran tempahan penerbangan
  • Tiada pemulangan wang

Flex

  • Dapat makanan
  • Hiburan dalam pesawat
  • Tambah Enrich Miles
  • Bagasi kabin 7kg
  • Bagasi check-in 35kg
  • Naik taraf tempat duduk dengan Enrich Miles
  • Diskaun kanak-kanak 25%
  • Percuma pemilihan tempat duduk standart
  • Fleksibiliti untuk naik lebih awal pada hari perjalanan
  • Boleh dapat pemulangan wang tanpa caj
  • Keutamaan untuk check-in, menaiki pesawat dan bagasi
  • Percuma perlindungan perjalanan asas
  • 10% diskaun untuk pembelian penerbangan seterusnya
  • 10% diskaun untuk ruang kaki ekstra atau tempat duduk tambahan
  • 10% diskaun produk tawaran

Penerbangan bermula daripada 4 sehingga 25 Februari 2021. Manakala, tiket penerbangan sudah mula di jual bermula hari ini sehingga 17 Januari 2021.

Namun begitu, tambang tetap ini sah pada tarikh yang berbeza untuk setiap lokasi yang berlainan. Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh yang sudah ditetapkan:

  • Kuala Lumpur – Alor Setar (13 – 25 Februari 2021)
  • Alor Setar – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Penang (13 – 25 Februari 2021)
  • Penang – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Kota Bharu (13 – 25 Februari 2021)
  • Kota Bharu – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Kuantan (13 – 25 Februari 2021)
  • Kuantan – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Johor Bahru (4 – 11 Februari 2021)
  • Johor Bahru – Kuala Lumpur (13 – 25 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Langkawi (13 – 25 Februari 2021)
  • Langkawi – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Bintulu (13 – 25 Februari 2021)
  • Bintulu – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Kuching (13 – 25 Februari 2021)
  • Kuching – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Miri (13 – 25 Februari 2021)
  • Miri – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Sibu (13 – 25 Februari 2021)
  • Sibu – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Kota Kinabalu (13 – 25 Februari 2021)
  • Kota Kinabalu – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Labuan (13 – 25 Februari 2021)
  • Labuan – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Tawau (13 – 25 Februari 2021)
  • Tawau – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)
  • Kuala Lumpur – Sandakan (13 – 25 Februari 2021)
  • Sandakan – Kuala Lumpur (4 – 11 Februari 2021)

Berdasarkan tarikh tersebut, yang menghairankan ialah pada tarikh 4 sehingga 11 Februari 2021, semua pesawat yang disertakan dalam tawaran ini mendarat di Kuala Lumpur sahaja, kecuali satu penerbangan ke Johor Bahru. Agaknya, ramaikah penumpang Malaysia Airlines yang mempunyai kampung di Kuala Lumpur?

Manakala tarikh 13 sehingga 25 Februari 2021 pula ditetapkan untuk penumpang dari Kuala Lumpur terbang ke Negeri yang lain.

Namun, sekiranya anda berminat untuk berjalan-jalan sewaktu cuti Tahun Baharu Cina nanti, anda boleh membelinya di laman sesawang rasmi Malaysia Airlines.

[Sumber: Malaysia Airlines]

Tags: Malaysia Airlines
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite

Malaysia Airlines tawar penerbangan dengan harga tetap sempena Tahun Baharu Cina

4 January 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER