• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kelajuan internet mudah alih Malaysia ketinggalan berbanding negara ASEAN lain

  • OLEH Najib
  • 2:17 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Ookla merupakan penganalisa kelajuan internet di seluruh dunia, telah mengeluarkan laporan mengenai kelajuan internet jalur lebar tetap dan mudahalih bagi bulan Disember 2020. Untuk memperhalusi perkara tersebut, komuniti Facebook ASEAN Urbanist telah mengumpulkan data khusus negara ASEAN dari laporan terbaru Ookla.

Laporan Ookla bagi bulan Disember 2020 meletakkan Malaysia di tangga 44 peringkat antarabangsa, turun 1 anak tangga. Untuk jalur lebar tetap pula, Malaysia naik 1 anak tangga kepada kedudukan ke-87.



Internet jalur lebar tetap di Malaysia mencatatkan kelajuan purata muat turun 93.67Mbps dan muat naik 53.72Mbps. Kadar kependaman pula 19ms. Internet mudah alih pula mencatat kelajuan purata muat turun 25.60Mbps, muat naik 11.44Mbps dan kadar kependaman pula 33ms.

Perbandingan syarikat telekomunikasi pula menunjukkan Digi menyediakan kelajuan purata terpantas, tetapi tidak jauh dari Maxis dan Celcom. Kadar kesediaan 4G pula dipegang oleh Celcom dengan 91%, diikuti Maxis dan U Mobile.



Kelajuan internet ASEAN

Untuk perbandingan di rantau ASEAN, Malaysia menduduki tangga ke-3 bagi kelajuan internet jalur lebar tetap. Walaupun di tempat ketiga, Malaysia sebenarnya jauh ketinggalan dari tempat pertama dan kedua, iaitu Thailand dan Singapura. Ini kerana kedua-duanya turut menduduki tangga teratas kelajuan internet terpantas di dunia.

Sumber: ASEAN Urbanist

Thailand mencatat kelajuan muat turun purata 308.25Mbps manakala Singapura dengan 245.31Mbps. Malaysia di tempat ketiga, hanya dengan kelajuan muat turun 93.67Mbps.

Bagi internet mudah alih pula, Singapura menduduki tangga pertama dengan kelajuan muat turun 66.82Mbps, diikuti oleh Thailand dengan 51.75Mbps. Sayangnya, di kategori ini Malaysia berada di tangga ke-7, di belakang Vietnam, Brunei, Laos dan Myanmar.

Boleh disimpulkan, capaian internet mudah alih Malaysia agak ketinggalan berbanding negara jiran di ASEAN. Malah, negara yang dilihat kurang maju berbanding Malaysia seperti Vietnam, Brunei, Laos dan Myanmar kini memiliki kelajuan internet yang lebih baik.

Langkah kerajaan memperkenalkan pelan JENDELA, bertujuan meningkatkan kualiti capaian internet di Malaysia, diharap dapat membantu menaikkan kedudukan Malaysia dalam menyediakan sambungan internet yang lebih pantas. Kerajaan juga telah menangguhkan pelancaran 5G di Malaysia sehingga hujung 2022, untuk memastikan liputan 4G lebih baik disediakan terlebih dahulu.

[Sumber: ASEAN Urbanist, Ookla]

Tags: ooklaspeedtest
Najib

Najib

POPULAR

Kelajuan internet mudah alih Malaysia ketinggalan berbanding negara ASEAN lain

21 January 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN