• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp guna status sendiri untuk terangkan keselamatan data pengguna tetap terjamin

  • OLEH Najib
  • 2:26 pm
  • 02/02/2021
  • Komen
Whatsapp guna status sendiri untuk terangkan keselamatan data pengguna tetap terjamin
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda selalu menyemak ruangan Status di WhatsApp, anda pasti terlihat status yang dimuat naik oleh pembangun aplikasi permesejan itu sendiri. Ia merupakan satu lagi cara untuk WhatsApp, memberi penerangan kepada pengguna berkenaan terma dan syarat baharu aplikasi tersebut.

Menerusi status itu, WhatsApp mengulangi kenyataan yang telah beberapa kali mereka kongsikan sebelum ini. Iaitu WhatsApp tidak boleh membaca atau mendegar sebarang perbualan pengguna kerana ia disulitkan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).



Selain itu, WhatsApp juga tidak boleh melihat lokasi yang pengguna kongsi dan WhatsApp tidak berkongsi kenalan pengguna kepada Facebook. WhatsApp turut berkongsi pautan ke whatsapp.com/privacy dengan penerangan lanjut mengenai komitmen mereka untuk memastikan keselamatan pengguna terjaga.

Sumber: Indian Express

Langkah ini merupakan kesinambungan dari siri penerangan oleh WhatsApp berkenaan kemaskini Terma dan Syarat (T&C) baru mereka. Awal tahun ini, pengguna WhatsApp dikejutkan dengan notis yang mewajibkan mereka menerima T&C baru WhatsApp. Jika tidak bersetuju, pengguna dinasihat untuk memadam akaun mereka. Ini dilihat sebagai memaksa pengguna bersetuju dengan T&C baru WhatsApp.



Pengguna mula membandingkan WhatsApp dengan aplikasi permesejan lain seperti Telegram dan Signal, yang dilihat kurang malah tidak mengumpul data pengguna sama sekali. Ia berbeza dengan WhatsApp yang menurut Apple Appstore, mengumpul data pengguna seperti pembelian, lokasi, kenalan, dan lain-lain.

WhatsApp pada awalnya menetapkan pengguna untuk menerima T&C baru ini selwatnya pada 8 Februari 2021. Bagaimanapun, selepas menerima banyak respon dari pengguna dan mahu memberi kefahaman kepada semua, WhatsApp melanjutkan tempoh penerimaan kepada 15 mei 2021.

Adakah anda memahami kenyataan dari WhatsApp selepas diterangkan berkali-kali? Anda bersetuju untuk menerima T&C baru ini nanti?

[Sumber: Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

Akaun Whatsapp anda perlu dipadam selepas 8 Februari jika tidak setuju dengan syarat baru
WhatsApp tangguh wajibkan pengguna terima syarat baru, dari 8 Februari ke 15 Mei
WhatsApp bidas dakwaan data pengguna dikongsi dengan Facebook dan pihak lain
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Whatsapp guna status sendiri untuk terangkan keselamatan data pengguna tetap terjamin

Whatsapp guna status sendiri untuk terangkan keselamatan data pengguna tetap terjamin

2 February 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN