• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM sedia kemudahan Internet bantu pelajar PdPR, lebih 1,000 sambungan jalur lebar percuma disediakan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:11 pm
  • 19/02/2021
  • Komen
TM sedia kemudahan Internet bantu pelajar PdPR, lebih 1,000 sambungan jalur lebar percuma disediakan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia Berhad (TM), memperluaskan kesalinghubungan Internet kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya kumpulan B40. Ramai golongan yang menerima kemudahan ini terutamanya para pelajar.

60 PPR terima WiFi percuma

TM telah menyediakan akses WiFi percuma di 60 Projek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih sejak Januari sehingga 30 April 2021. Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu para pelajar khusunya calon-calon SPM dan STPM bagi melalui Pembelajaran di Rumah (PdPR) di PPR tersebut.



Dengan adanya rangkaian Internet percuma ini, para pelajar dari keluarga B40 boleh menghadiri kelas dan menggunakan sepenuhnya perisian pembelajaran secara dalam talian.

Sambungan jalur lebar percuma di Pusat Komuniti

Selain itu, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), TM turut membantu masyarakat setempat dan para pelajar terutamanya di kawasan pinggir dan luar bandar untuk menikmati sambungan jalur lebar percuma.



TM turut memastikan kemudahan tersebut digunakan dengan selamat oleh mereka terutamanya bagi tujuan pembelajaran dalam talian. Sambungan jalur lebar itu telah disediakan melalui 563 WiFi Komuniti (WK), 437 Pusat Internet Komuniti (PIK) dan 37 Pusat Internet Desa (PID).

Menyokong inisiatif Tabung CERDIK

Dalam pada itu, TM turut bekerjasama dengan Yayasan Hasanah bagi menyokong inisiatif Tabung CERDIK yang telah diumumkan oleh Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2021.

Melalui inisiatif ini TM akan menyumbang peranti dengan anggaran nilai melebihi RM20 juta. TM juga akan menghulurkan kira-kira 300 komputer riba bernilai lebih RM500,000.

Selain itu, TM akan menawarkan unifi Mobile kepada rakan GLIC/GLC yang mengambil bahagian dengan pakej mudah alih CERDIK. Sumber Internet itu akan digabungkan bersama peranti yang disumbangkan oleh mereka.

TM juga akan menaik taraf sambungan jalur lebar untuk 325 buah sekolah yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah inisiatif ini. Perkhidmatan tersebut turut di naik taraf di 156 Pusat Internet dan 17 PPR yang berdekatan.

DidikTV KPM di unifi TV

Di samping itu, TM turut memudahkan PdPR dalam kalangan pelajar dengan menyiarkan siaran DidikTV KPM setiap hari di unifi TV. Program itu akan menemui penonton dari jam 7 pagi sehingga 12 malam di saluran 107,

Data khas prabayar BEBAS

Semua pelanggan unifi Mobile pascabayar serta pelanggan prabayar BEBAS akan menerima LTE 1GB atau sehingga 30GB setiap bulan percuma sehingga 30 April 2021.

Menerusi prabayar BEBAS juga, TM menawarkan pakej data khas untuk calon SPM dan STPM bagi membantu proses pembelajaran mereka. Ia diperluas kepada pelajar di institusi pengajian tinggi di bawah umur 22 tahun.

Pakej khas ini menawarkan pas 15GB LTE pada harga RM20 sahaja. Ia akan disertakan tempoh sah 30 hari dan boleh didapati sehingga 30 April 2021.

Inisiatif yang disediakan oleh TM ini dilihat dapat memberi impak yang positif dalam kalangan pelajar untuk terus berhubung dengan dunia pendidikan melalui sistem maya.

Tags: TM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TM sedia kemudahan Internet bantu pelajar PdPR, lebih 1,000 sambungan jalur lebar percuma disediakan

TM sedia kemudahan Internet bantu pelajar PdPR, lebih 1,000 sambungan jalur lebar percuma disediakan

19 February 2021
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER