• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Chanel sedia aplikasi Lipscanner, ia akan cadangkan warna lipstick yang sesuai dengan individu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:52 pm
  • 22/02/2021
  • Komen
Chanel sedia aplikasi Lipscanner, ia akan cadangkan warna lipstick yang sesuai dengan individu
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila membeli alat solek secara dalam talian, menjadi satu masalah apabila individu tidak boleh mencubanya untuk melihat keserasian dengan warna kulit. Lebih-lebih lagi peralatan kosmetik seperti foundation muka dan juga gincu bibir (lipstick).

Oleh itu, Chanel menyediakan aplikasi Lipscanner untuk pengguna iOS bagi memudahkan individu mencuba lipstick yang dimahukan dengan menggunakan teknologi AI.



Hanya menggunakan kamera telefon, aplikasi baru ini boleh mengenal pasti rona warna bibir anda dan ia akan mencadangkan lebih dari 400 produk lipstick Chanel dari warna yang berbeza. Apabila pengguna sudah temui warna yang dimahukan, pembelian boleh dilakukan terus melalui aplikasi itu.

Menurut Chanel, untuk melakukan pengecaman warna dan mencadangkan warna yang sesuai dengan individu, mereka menggunakan algoritma. Perkara ini juga dikatakan sebagai kecantikan pintar pertama seumpanya di dunia.



Walaupun begitu, apabila saya cuba untuk memuat turun Lipscanner melalui iPhone, aplikasi itu tidak ditemui. Namun, apabila saya jejak aplikasi itu melalui komputer, ia boleh ditemui. Jadi berkemungkinan ia hanya dilancarkan di Negara barat sahaja atau ia bakal menemui pengguna di Malaysia kelak mengikut fasa.

Cuba lipstick melalui laman rasmi

Sebagai langkah lain, anda boleh terus ke laman sesawang rasmi Chanel untuk mencuba lipstick di situ melalui kamera peranti. Namun bezanya, ia tidak akan mencadangkan warna yang sesuai untuk anda.

Anda hanya perlu pilih lipstick yang anda ingin cuba, tekan try on dan anda boleh mencubanya melalui kamera telefon anda

Seterusnya, jika anda berminat dengan lipstick yang anda cuba itu, anda boleh tekan find a boutique untuk membelinya di kedai Chanel yang sah berdekatan anda.

[Sumber: Engadget]

Tags: Chanel
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Chanel sedia aplikasi Lipscanner, ia akan cadangkan warna lipstick yang sesuai dengan individu

Chanel sedia aplikasi Lipscanner, ia akan cadangkan warna lipstick yang sesuai dengan individu

22 February 2021
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN