• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Miliki satu-satunya pinggan KFC Original Plate di dunia, bida dibuka kepada umum bermula RM11

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:17 pm
  • 24/02/2021
  • Komen
Miliki satu-satunya pinggan KFC Original Plate di dunia, bida dibuka kepada umum bermula RM11
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah membuka tender bidaan nombor pendaftaran KFC kepada umum. Hasil daripada bidaan itu, mereka berjaya mengumpul lebih dari RM2 juta.

Namun, bidaan itu terhad kepada individu yang ada kenderaan sahaja. Justeru, buat julung kalinya, KFC membuka bidaan untuk peminatnya mendapatkan KFC Original Plate (pinggan sebenar) yang sangat eksklusif.



Rekaan KFC Original Plate

Rekaan pinggan ini mengetengahkan perkataan KFC 11 yang dilihat umpama mimik nombor pendaftaran kereta. Tambahan lagi, pada masa yang sama, angka 11 itu melambangkan 11 herba dan rempah rahsia ikonik jenama KFC.

Pinggan ini eksklusif kerana hanya satu unit sahaja ia dicipta di dunia. Maka, sesiapa sahaja yang menjadi pemenang bida itu nanti pasti seorang yang betuah, kerana dapat memiliki pinggan perhiasan yang terhad ini.



Maklumat bida

Bidaan akan diadakan pada hari khamis bersamaan 25 Februari 2021, dari jam 11 pagi dan ia akan berakhir pada hari yang sama jam 11 malam. Untuk membida, anda perlu lakukannya di laman Facebook rasmi KFC.

Harga bidaan bermula daripada RM11 dan kenaikan bidaan minimum adalah RM1. Pemenang dengan nilai bida tertinggi akan diumumkan setelah acara bida berakhir. Selain itu, 100% hasil bida akan disumbangkan kepada KFC Add Hope Malaysia.

Jika anda berminat dengan rekaan eksklusif KFC Original Plate ini, pastikan anda sertai acara bida yang akan berlangsung nanti. Untuk ketahui sebarang maklumat berkaitan, anda boleh terus ke Facebook rasmi KFC Malaysia.

Zero Chicken Burger

Siapa sudah cuba Zero Chicken Burger KFC? Burger berperisa ayam tetapi, tiada daging ayam di dalamnya. Kami sudah mencuba burger Zero ini. Tetapi, setiap suapan membuatkan kami tidak percaya bahawa burger itu tidak mempunyai daging ayam langsung.

Tonton video di bawah untuk melihat barisan hakim SoyaCincau mengkritik dan mengolah rasa Zero Chicken Burger.

Tags: KFC
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Miliki satu-satunya pinggan KFC Original Plate di dunia, bida dibuka kepada umum bermula RM11

Miliki satu-satunya pinggan KFC Original Plate di dunia, bida dibuka kepada umum bermula RM11

24 February 2021
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER