• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia lancar pas Asean Unlimited, terbang tanpa had sehingga Mac 2022 hanya RM599

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:23 pm
  • 03/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia memperkenalkan pas Asean Unlimited terbaharu yang boleh digunakan untuk penerbangan antarabangsa dan domestik, serta perkhidmatan penghantaran e-dagang tanpa had AirAsia.

Pas ASEAN + Penghantaran Tanpa Had

Pas Asean Unlimited berharga RM599 dan ia tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia. Pemegang pas ini boleh menebus penerbangan tanpa had domestik di Malaysia dan antarabangsa di seluruh Asean.



Selain itu, dengan pas ini juga, pengguna boleh menikmati penghantaran percuma tanpa had untuk sebarang pembelian di platform e-dagang AirAsia seperti AirAsia Food, AirAsia shop dan AirAsia Fresh. Namun, buat masa ini, ia hanya tersedia di kawasan Lembah Klang sahaja.

Pas ini boleh di dapatkan sekarang sehingga 7 Mac 2021 di laman sesawang rasmi AirAsia atau di aplikasi Super AirAsia. Pengguna yang melakukan pembayaran menggunakan BigPay akan menikmati diskaun sebanyak RM50. Jadi pengguna hanya perlu bayar RM549 sahaja untuk pas tanpa had ini.



Tempoh penerbangan bermula dari 17 Mac sehingga 26 Mac 2022. Penghantaran percuma tanpa had juga berakhir pada 26 Mac 2022.

Namun, perlu diketahui bahawa harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai, yuran dan caj kerajaan serta caj tambahan lain. Asean Unlimited adalah untuk penebusan penerbangan dengan kod AK sahaja. Tempahan penerbangan perlu dilakukan 14 hari sebelum berlepas.

Lokasi penerbangan

Pemegang pas Asean Unlimited boleh terbang tanpa had ke beberapa destinasi dalam Malaysia, antaranya:

  1. Alor Setar
  2. Langkawi
  3. Penang
  4. Kota Bharu
  5. Ipoh
  6. Kuala Lumpur
  7. Terengganu
  8. Johor Bahru
  9. Kota Kinabalu
  10. Miri
  11. Kuching
  12. Tawau
  13. Sandakan
  14. Sibu
  15. Bintulu
  16. Labuan

Untuk destinasi ASEAN pula adalah seperti di bawah:

  1. Singapura
  2. Thailand
  3. Indonesia
  4. Filipina
  5. Vietnam
  6. Laos
  7. Brunei
  8. Kemboja
  9. Myanmar

Cara beli pas Asean Unlimited

  1. Pegi ke laman sesawang AirAsia atau di aplikasi AirAsia, tekan Unlimited Deals di bahagian atas.
  1. Log masuk akaun ahli BIG anda
  2. Tekan Asean Unlimited (Malaysia)
  1. Lihat terma dan syarat yang dinyatakan sebelum membeli
  2. Tekan purchase now (beli sekarang)

Cara tebus pas Asean Unlimited

Selepas anda beli pas ini, anda perlu ikut cara di bawah untuk menggunakannya bagi setiap pembelian penerbangan.

  1. Di aplikasi atau laman sesawang AirAsia, tekan Unlimited Deals
  2. Log masuk akaun ahli BIG anda
  3. Tekan My Purchases kemudian pilih view now
  1. Tekan redeem dan ia akan membawa anda ke paparan carian penerbangan
  2. Pilih penerbangan dengan tanda 100% off, ini merupakan penerbangan yang sah di bawah pas anda. Jumlah yang ditunjukkan adalah cukai lapangan terbang dan pembayaran lain untuk sektor tersebut.
  3. Lakukan pembayaran untuk selesaikan tempahan anda.

AirAsia lanjut tempoh perjalanan pas lain

AirAsia juga telah melanjutkan tempoh perjalanan bagi dua pas yang disediakan sebelum ini. AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia RM399, dilanjutkan penerbangan sehingga 30 Jun 2021. AirAsia Unlimited Pas RM499 juga menerima lanjutan tempoh perjalanan yang sama iaitu sehingga 30 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh ikuti laman rasmi AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia lancar pas Asean Unlimited, terbang tanpa had sehingga Mac 2022 hanya RM599

3 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER