• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google akan potong bayaran AdSense kepada YouTuber untuk membayar cukai

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 10/03/2021
  • Komen
Google akan potong bayaran AdSense kepada YouTuber untuk membayar cukai
Share on FacebookShare on Twitter

Pencipta kandungan di YouTube boleh menerima wang yang dijana dari video yang ditonton jika mereka mengaktifkan ciri ‘monetisation‘. Bagaimanapun, wang yang dijana ini akan dikurangkan oleh Google seawal bulan Jun 2021, untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dalam emel yang dihantar oleh YouTube kepada pencipta kandungan bertajuk “Upcoming tax changes to your YouTube earnings“, Google perlu memotong sebahagian bayaran kepada pencipta kandungan untuk membayar cukai kepada kerajaan AS. Ia akan bermula seawal Jun 2021.



Semua pencipta kandungan YouTube mesti mengisi maklumat cukai mereka menerusi akaun AdSense supaya pemotongan yang tepat dapat dibuat, kalau ada. Jika maklumat cukai ini tidak diisi sebelum 31 Mei 2021, Google mungkin perlu memotong sehingga 24% dari jumlah pendapatan pencipta kandungan.

Bermakna, kalau seseorang pencipta kandungan YouTube menerima USD 1,000 dari saluran YouTube mereka, cukai setinggi 24% akan menjadikan bayaran yang mereka terima kepada USD 760 sahaja.



Dari laman Help YouTube yang menjelaskan lebih lanjut mengenai cukai yang dikenakan ini, Google menerangkan bahawa maklumat percukaian ini penting, terutama sekali untuk pencipta kandungan di luar AS. Cukai ini perlu dibayar kepada kerajaan AS jika terdapat tontonan dari AS. Google akan menahan sekitar 0-30% pendapatan yang dijana oleh penonton AS.

Langkah ini mungkin tidak terhad di sini. Ia mungkin akan dikuatkuasakan di negara lain selepas melihat telah dilaksanakan di AS. Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pernah menyatakan bahawa individu yang menerima pendapatan hasil ulasan produk, menjadi duta atau mengiklankan jenama di media sosial, perlu mengisytiharkan dan membayar cukai pendapatan. Perkara ini tidak sukar dikesan LHDN, kerana mereka boleh memeriksa pengisytiharan cukai oleh syarikat yang membuat bayaran kepada selebriti media sosial.

Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

Kepada pemilik saluran dan pencipta kandungan YouTube, jangan terkejut jika ada pemotongan pada bayaran AdSense yang dibuat kepada anda kelak. Untuk mengelakkan dari dikenakan cukai tertinggi 24%, jangan lupa untuk mengisi maklumat yang sepatutnya di bahagian cukai akaun AdSense anda.

[Gambar: Pexels]

Tags: GoogleGoogle AdSenseYouTube
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Google akan potong bayaran AdSense kepada YouTuber untuk membayar cukai

Google akan potong bayaran AdSense kepada YouTuber untuk membayar cukai

10 March 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER