• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Huawei Freebuds 4i akan tiba, hiburan tanpa hingar dengan bateri 22 jam

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 20/03/2021
  • Komen
Huawei Freebuds 4i akan tiba, hiburan tanpa hingar dengan bateri 22 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan bahawa satu lagi produk audio baru mereka, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Freebuds 4i adalah fon telinga TWS dengan teknologi pembatalan hingar aktif (ANC), serta hayat bateri yang panjang, sehingga 22 jam.

Freebuds 4i merupakan naik taraf dari Freebuds 3i yang dilancarkan tahun lepas. Antara tambahan terbesar padanya adalah hayat bateri dengan ANC aktif sehingga 7.5jam, lebih sekali ganda dari keupayaan Freebuds 3i yang memiliki hayat 3.5 jam.



Tanpa ANC dihidupkan, Freebuds 4i boleh memainkan lagu sehingga 10 jam dengan sekali cas di fon telinga, atau sehingga 22 jam bersama bekas pengecas. Pengecasannya juga pantas, boleh memberikan tenaga sehingga 4 jam dengan mengecas selama 10 minit. Sambungan USB-C digunakan untuk mengecas dan ia tiada pengecasan wayarles.

Teknologi ANC pada Freebuds 4i bukan sahaja membantu menyaring hingar di sekeliling, tetapi ia turut dilengkapi mod Awareness, di mana pengguna tidak perlu mencabut fon telinga dari telinga tetapi masih boleh mendengar dengan jelas bunyi sekeliling. Jadi pengguna boleh berborak sebentar dengan rakan di sebelah walaupun Freebuds 4i masih melekat di telinga.



Sistem bunyi di dalam Freebuds 4i dipacu oleh pemandu dinamik 10mm. Manakala 2 mikrofon padanya membantu mendapatkan bunyi suara yang jelas, di samping memproses bunyi hingar untuk disaring di dalam mod ANC. Ia juga mempunyai permukaan peka sentuhan untuk arahan pantas, seperti menghenti dan memainkan lagu atau menukar mod ANC kepada Awareness.

Sambungan Bluetooth 5.2 membolehkan sambungan wayarles lebih pantas dengan peranti baru. Huawei juga memaklumkan bahawa Freebuds 4i memiliki kependaman rendah jika menggunakan peranti Huawei dengan EMUI 11, supaya pengguna tidak ketinggalan mendengar bunyi tembakan di dalam permainan dan memenangi pertandingan tersebut.

Walaupun mengumumkannya hari ini, Huawei Malaysia masih tidak berkongsi tarikh dan harga jualan Freebuds 4i. Huawei menyatakan, ia akan diumumkan minggu hadapan.

Untuk perbandingan, Huawei Freebuds 3i dilancarkan tahun lepas pada harga RM399. Freebuds 4i telah dijual di United Kingdom pada harga GBP 79.99 (~RM458), di Jerman berharga EUR 99.99 (~RM490). dan di Sepanyol berharga EUR 79.99 (~RM392)

Maklumat lanjut mengenainya, boleh didapati dengan melayari laman produk Huawei Freebuds 4i.

Tags: HuaweiHuawei Freebuds 4i
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Freebuds 4i akan tiba, hiburan tanpa hingar dengan bateri 22 jam

Huawei Freebuds 4i akan tiba, hiburan tanpa hingar dengan bateri 22 jam

20 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN