• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Facebook rancang cipta Instagram untuk bawah 13 tahun, kanak-kanak tidak perlu tipu usia lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:56 pm
  • 22/03/2021
  • Komen
Facebook rancang cipta Instagram untuk bawah 13 tahun, kanak-kanak tidak perlu tipu usia lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Instagram ada menyediakan ciri dan dasar baru untuk membataskan komunikasi antara pengguna remaja berusia 18 tahun ke bawah dengan pengguna dewasa. 

Tidak lama selepas itu, Facebook kini dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk mencipta Instagram versi kanak-kanak bagi kegunaan individu berusia 13 tahun ke bawah.



Secara umumnya, kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun aplikasi di bawah peraturan COPPA (Children’s Online Privacy Protection Act), iaitu sebuah undang-undang yang mengurus laman sesawang, aplikasi, dan pengendali dalam talian yang mengumpul maklumat peribadi dari anak-anak di bawah usia 13 tahun.

Namun peraturan itu tidak menghentikan sebahagian daripada mereka untuk menggunakan tarikh lahir palsu untuk mencipta akaun sendiri.



Vishal Shah, Naib Presiden produk Instagram, dilapor ada menulis catatan di papan pesanan pekerja mengenai pengumuman projek tersebut. Projek itu juga dikatakan akan diawasi oleh Adam Mosseri, Ketua Instagram, dan akan diketuai oleh Naib Presiden Facebook Pavni Diwanji yang pernah mengusahakan YouTube Kids ketika dia masih bersama Google.

Namun begitu, sehingga kini masih belum jelas bagaimana aplikasi Instagram versi kanak-kanak itu akan tersedia. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak begitu mengejutkan kerana Facebook sebelum ini ada menyediakan aplikasi Messenger Kids khusus untuk kanak-kanak.

Jika dirujuk kepada aplikasi Messenger Kids, ibu bapa boleh menetapkan kawalan, serta menyemak dan mengurus kenalan anak-anak mereka dengan menggunakan Parent Dashboard dari peranti ibu bapa.

Jika sistem yang sama digunakan, maka Instagram versi kanak-kanak pasti akan selamat kepada penggunanya, kerana ibu bapa akan sentiasa mengawal aplikasi anak.

[Sumber: Engadget]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Facebook rancang cipta Instagram untuk bawah 13 tahun, kanak-kanak tidak perlu tipu usia lagi

Facebook rancang cipta Instagram untuk bawah 13 tahun, kanak-kanak tidak perlu tipu usia lagi

22 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER