• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG akan tutup perniagaan telefon pintar, LG Wing jadi model unik terakhir

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:34 pm
  • 25/03/2021
  • Komen
LG akan tutup perniagaan telefon  pintar, LG Wing jadi model unik terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini, LG ada pertimbang untuk meninggalkan pasaran telefon pintar berikutan kerugian selama lima tahun terakhir perniagaannya. Perkara itu diketahui melalui memo yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LG, Kwon Bong-seok kepada kakitangannya.

Tutup pasaran telefon pintar

Baru-baru ini pula, agensi berita Korea memberitahu bahawa LG Electronics tidak akan menjual perniagaan telefon pintarnya, tetapi mungkin akan menutup terus perniagaan komunikasi mudah alih itu.



Sebelum ini, LG ada membuat rundingan dengan Volkswagen AG Jerman dan Vingroup JSC Vietnam untuk menjual bahagian telefon pintarnya namun rundingan itu gagal.

Syarikat itu dikatakan telah menghentikan penghasilan telefon pintar gulung pada bulan lalu dan membatalkan pelancaran separuh pertama yang dirancang untuk semua telefon pintar baru.



Selain itu, terdapat khabar angin mengatakan bahawa penghasilan peranti LG Rainbow terhenti kerana bahagian pasaran global LG Electronics, hanya mendapat sekitar 1% keuntungan dalam penjualan telefon pintar. Perkara ini menyukarkan LG untuk mencari pembeli telefon keluaran baru apabila ia dijual dengan harga yang tinggi.

Keputusan mengenai hala tuju perniagaannya itu mungkin akan diputuskan pada awal bulan April tahun ini.

Namun, jika keputusan LG untuk menghentikan penghasilan telefon pintarnya adalah muktamad, maka model LG Wing akan menjadi model unik yang terakhir dikeluarkan oleh syarikat ini.

[Sumber: PhoneArena, Bloomberg]

Tags: lg
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG akan tutup perniagaan telefon  pintar, LG Wing jadi model unik terakhir

LG akan tutup perniagaan telefon pintar, LG Wing jadi model unik terakhir

25 March 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN