• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tony berjanji pulangkan wang 450,000 pelanggan AirAsia yang belum menerimanya

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Tony berjanji pulangkan wang 450,000 pelanggan AirAsia yang belum menerimanya
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes hari ini memuat naik video untuk menerangkan keadaan kewangan kumpulan AirAsia. Dia juga menyentuh mengenai masalah pemulangan wang pelanggan yang sedang diusahakan oleh AirAsia sepanjang tempoh wabak COVID-19 berlaku.

Ceritanya dimulakan tentang bagaimana AirAsia tidak dapat lagi terbang buat masa yang agak lama dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan seperti syarikat penerbangan berkaitan kerajaan. Sejak Januari 2020, AirAsia telah membayar balik wang kepada 1.5 juta pelanggan.



Tony berterima kasih kepada 2.9 juta pelanggan yang memilih untuk menerima balik wang dalam bentuk Kredit Akaun, kerana ia adalah satu bentuk sokongan terbaik buat Tony dan pekerja AirAsia.

Bagaimanapun, terdapat sekitar 450,000 pelanggan masih di dalam proses untuk pemulangan wang. Ia dilakukan sedikit demi sedikit setiap minggu, bergantung kepada aliran tunai yang dimiliki AirAsia. Tetapi ia pasti akan diselesaikan semuanya. Ini janji Tony kepada pelanggan.



Tony juga menyentuh tentang bagaimana AirAsia adalah syarikat penerbangan yang hebat sebelum berlakunya COVID-19, membawa lebih 600 juta pelanggan di mana ramai yang tidak pernah terbang sebelum adanya AirAsia. AirAsia juga telah mencipta ratusan ribu peluang pekerjaan.

COVID-19 telah melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada industri penerbangan. Walaupun begitu, AirAsia cuba mengekalkan sebanyak mungkin pekerja. 10% pekerja terpaksa dibuang dan kebanyakan pekerja yang masih ada, menerima pengurangan gaji. Ini dilakukan untuk memastikan AirAsia dapat terus beroperasi supaya dapat kembali semula lebih hebat.

Bagi AirAsia X pula, ia berhadapan masalah kewangan lebih meruncing kerana tidak dapa terbang langsung di laluan antarabangsa. AirAsia X berhadapan banyak saingan tidak adil sebelum ini dan akan mengalami penstrukturan semula korporat untuk kekal beroperasi, bagi memberi peluang kepada ramai orang terbang ke negara luar seperti Korea, Jepun dan Australia, yang mana tidak dapat dilakukan sebelum adanya AirAsia X. Tony yakin bahawa AirAsia X akan memulangkan semua wang pelanggan dan kembali semula lebih hebat.

Akhir sekali, Tony mengulangi semula janjinya bahawa 450,000 pelanggan yang belum menerima wang mereka, pasti akan mendapatkannya. Berikan AirAsia sedikit lagi masa dan meminta mereka bersabar. Ini adalah janji Tony.

Anda boleh menonton sendiri kenyataan penuh Tony dalam video di bawah ini.

Tags: AirAsiaTony Fernandes
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tony berjanji pulangkan wang 450,000 pelanggan AirAsia yang belum menerimanya

Tony berjanji pulangkan wang 450,000 pelanggan AirAsia yang belum menerimanya

1 April 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN