• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ Hotstar tiba di Malaysia, mula bersiaran pada 1 Jun

  • OLEH Najib
  • 10:40 am
  • 04/05/2021
  • Komen
Disney+ Hotstar akan tiba di Malaysia, boleh saingi Netflix dengan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama diberi petunjuk, akhirnya Disney+ akan tiba di Malaysia. Menggunakan nama Disney+ Hotstar, ia akan mula menyediakan perkhidmatan menstrim kandungan video bermula 1 Jun 2021 di Malaysia.

Harga langganan Disney+ Hotstar turut diumumkan dalam pemberitahuan ini. Ia berharga hanya RM54.90 untuk langganan selama 3 bulan. Tidak pula dikongsikan harga langganan untuk 1 bulan atau 12 bulan, seperti yang terdapat di Singapura dan Indonesia.



Menurut Disney lagi, mereka bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan perkhimatan ini di Malaysia. Sehubungan itu, pengguna Astro pek Movie akan menerima kelebihan berkaitan Disney+ Hotstar. Mungkin seperti HBO GO, langganannya diberikan percuma untuk pelanggan Astro pek Movie.

Disney+ Hotstar menyediakan kandungan eksklusif keluaran Disney dari siri Disney sendiri, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan banyak lagi. Antaran siri eksklusif yang hangat di pasaran masakini ialah Star Wars Mandalorian, Marvel Wandavision serta Marvel The Falcon & Winter Soldier.



Selain itu, Disney+ Hotstar turut menyediakan kandungan tempatan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Antara filem yang boleh ditonton adalah seperti J2: J Retribusi, Ejen Ali The Mvoie, KL Special Force, Zombitopia dan banyak lagi.

Disney+ Hotstar boleh ditonton menerusi pelbagai platform seperti telefon pintar dan tablet Apple dan Android, TV Pintar dan di komputer. Satu akaun Disney+ Hotstar boleh ditonton serentak di dua peranti atau platform. Pengguna juga boleh memuat turun kandungan Disney+ Hotstar ke dalam peranti, untuk tontonan di luar talian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Disney+ Hotstar.

Tags: DisneyDisney Plus Hotstar
Najib

Najib

POPULAR

Disney+ Hotstar akan tiba di Malaysia, boleh saingi Netflix dengan harga lebih murah

Disney+ Hotstar tiba di Malaysia, mula bersiaran pada 1 Jun

4 May 2021
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN