• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #16 | Promosi Apple Watch Series 6, Insuran haiwan Oyen & Telefon 5G termurah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:55 pm
  • 04/05/2021
  • Komen
SBM #16 | Promosi Apple Watch Series 6, Insuran haiwan Oyen & Telefon 5G termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan ialah, apa tawaran diskaun Apple Watch yang disediakan? Bilakah pelajar dari keluarga B40 akan terima peranti laptop? Sampai bila 1GB data percuma untuk pendidikan dilanjutkan?

 1 . Apple Watch Series 6 ada diskaun RM200

Dua pengedar sah Apple di Malaysia, Machines dan Switch, telah memuat naik promosi jualan Apple Watch Series 6 dengan diskaun RM200. Machines turut menerima tukar tebus (trade-in) Apple Watch yang lama untuk membeli Apple Watch Series 6 yang baru, dengan rebat sehingga RM775. 



Maklumat lanjut di sini.

2. Promosi Raya Celcom Home internet “Tanpa Had” tetapi kuota terhad

Celcom adakan promosi raya untuk pelan Celcom Home Wireless Broadband. Ia dikatakan promosi “Tanpa Had”. Tetapi jika disemak pada bahagian Terma & Syarat, sebenarnya promosi Raya ini bukanlah tanpa had. Apa yang pengguna terima sebenarnya hanyalah kuota tambahan 150GB selama 2 bulan. 



Berita penuh di sini.

3. Oppo A74 telefon 5G paling murah di Malaysia

Oppo A74 5G telah dilancarkan dan ia memiliki harga paling murah untuk telefon pintar yang menyokong 5G di Malaysia. Oppo A74 5G dikuasakan cip Snapdragon 480 dengan sokongan rangkaian 5G. Skrinnya seluas 6.5-inci dari jenis LCD HD penuh. Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh.

Spesifikasi dan maklumat jualan ada di sini.

4. Oyen, insuran haiwan peliharaan digital perlindungan sehingga RM8,000

Oyen.my merupakan sebuah platform insuran digital pertama untuk haiwan peliharaan yang dicipta oleh Oyen Sdn Bhd dengan kerjasama MSIG Malaysia. Sehingga RM 8,000 kos perubatan veterinar boleh dituntut sekiranya haiwan peliharaan sakit atau cedera dalam kemalangan.

Maklumat penuh di sini.

5. Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia

Vivo Malaysia umum dua model terbaru masuk ke dalam pasaran iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e. Dua model ini ada spesifikasi hampir serupa, cuma ia berbeza dari segi rekaan, SoC dan kamera selfie. V21e tampil bersisi membulat manakala V21 sisi tajam. Kamera selfie Vivo V21e ada sensor 44MP tetapi tiada OIS seperti V21.

Spesifikasi penuh dan harga di sini.

6. CERDIK: 50,000 pelajar terima peranti hujung Mei, 100,000 bulan September

Kerajaan umum akan menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 peranti kepada pelajar untuk pembelajaran dalam talian pada akhir bulan Mei. Baki 100,000 dijangka disalurkan menjelang hujung September 2021.

Berita penuh di sini.

7. 1GB data percuma dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) umum bahawa mereka telah mendapat persetujuan 5 syarikat telekomunikasi untuk melanjutkan pemberian 1GB data percuma yang sepatutnya tamat 30 April 2021. Ia akan dilanjutkan 3 bulan lagi, sehingga 31 Julai 2021.

Berita penuh di sini.

Tags: Apple Watch series 6celcomCelcom Home WirelessCERDIKmaxisOppo A74OyenSBMSKMMTMumobileVivo V21Vivo V21e
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SBM #16 | Promosi Apple Watch Series 6, Insuran haiwan Oyen & Telefon 5G termurah

SBM #16 | Promosi Apple Watch Series 6, Insuran haiwan Oyen & Telefon 5G termurah

4 May 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER