• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pusat vaksinasi bakal beroperasi 7 hari seminggu & 2,800 janji temu suntikan AstraZeneca ditunda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:50 pm
  • 11/05/2021
  • Komen
Pusat vaksinasi bakal beroperasi 7 hari seminggu & 2,800 janji temu suntikan AstraZeneca ditunda
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu sidang media, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin, berkata bahawa buat masa sekarang, pusat vaksinasi hanya beroperasi enam hari seminggu, kerana mereka menghadapi isu bekalan vaksin.

Tetapi menurutnya, setelah bekalan meningkat, maka jumlah hari operasi pusat vaksin akan menjadi tujuh hari seminggu. Perkara ini sudah dibincangkan melalui mesyuarat dan mereka menjangkakan bahawa tempoh operasi 7 hari seminggu akan bermula pada bulan Jun 2021.



Mengikut statistik yang diberikan semasa sidang media itu, Malaysia telah menerima lebih daripada 1.95 juta dos vaksin Covid-19 setakat ini. Daripada jumlah itu, 1.78 juta dos telah diberikan kepada individu.

Suntikan AstraZeneca ditunda

Dalam masa yang sama, YB Khairy juga mengumumkan bahawa akan ada penundaan tarikh suntikan vaksin bagi 2,800 sukarelawan yang mendaftar untuk vaksin AstraZeneca. Ini akan mempengaruhi mereka yang telah memilih slot 15 dan 16 Mei 2021 untuk terima vaksin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Asalnya, sejumlah 19,000 slot disediakan untuk tarikh 15 dan 16 Mei 2021. Namun, ia telah dikurangkan kepada 16,200. Baki 2,800 yang tidak termasuk dalam pengurangan akan menerima tarikh baru pemvaksinan antara 17 hingga 23 Mei 2021

Individu yang terlibat dalam penukaran tarikh janji temu ini akan menerima pemberitahuan melalui SMS dan aplikasi MySejahtera bermula 11 Mei 2021.

[Sumber: Malaysiakini]

[Sumber gambar: BH]

Tags: COVID-19jkjavVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Pusat vaksinasi bakal beroperasi 7 hari seminggu & 2,800 janji temu suntikan AstraZeneca ditunda

Pusat vaksinasi bakal beroperasi 7 hari seminggu & 2,800 janji temu suntikan AstraZeneca ditunda

11 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER