• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PDRM beri 50% diskaun saman trafik tertunggak mulai 18 Jun 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:32 pm
  • 17/06/2021
  • Komen
PDRM beri 50% diskaun saman trafik tertunggak mulai 18 Jun 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai akan boleh mendapatkan diskaun untuk pembayaran kompaun saman trafik tertentu bermula 18 Jun 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT), Datuk Azisman Alias, polis menawarkan potongan 50% diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang tertunggak. Beliau berkata, saman itu boleh dibayar melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman bermula dari 18 Jun sehingga 18 Julai 2021.



Namun, potongan ini tidak diberikan kepada saman yang kini sedang dalam perbicaraan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan tahun ini, kesalahan yang melibatkan kenderaan berat dan kesalahan yang menglibatkan pengubahsuaian ekzos.

Sepanjang tempoh diskaun ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen polis dan di ibu pejabat polis daerah akan ditutup. Ia bagi mengekang penyebaran virus Covid-19 selama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dijalankan.



Menurutnya lagi, tawaran ini merupakan satu usaha untuk menyokong hasrat kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai semasa pandemik Covid-19.

Selain itu, pihak polis juga akan menambah baik aplikasi MyBayar Saman untuk membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut. Aplikasi MyBayar Saman boleh dimuat turun menerusi App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

[Sumber: The Star]

[Sumber gambar: Awani]

Tags: MyBayarSaman
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PDRM beri 50% diskaun saman trafik tertunggak mulai 18 Jun 2021

PDRM beri 50% diskaun saman trafik tertunggak mulai 18 Jun 2021

17 June 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN