• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guru bantu murid ganti telefon Yes Altitude 3 yang meletup

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 19/06/2021
  • Komen
Guru bantu murid ganti telefon Yes Altitude 3 yang meletup
Share on FacebookShare on Twitter

Kecoh minggu ini tentang telefon pintar Yes yang diberi percuma kepada pelajar dan keluarga B40 untuk pembelajaran dalam talian (PdPR). Bermula daripada pemberian oleh Menteri Besar Perak, sehinggalah ada insiden telefon Yes meletup dan bantuan dihulur oleh Xiaomi.

Dalam satu lagi kes lain, seorang pelajar berkongsi kisah telefon pintar adiknya. Menurutnya, telefon pintar jenama Yes itu, terbakar ketika sedang dicas. Ia adalah Yes Altitude 3, model sama seperti kes telefon Yes meletup sebelum ini.



https://twitter.com/najmi_fatin/status/1405529532749123597

Menurut Fatin, telefon pintar itu diterima secara percuma menerusi program yang dianjurkan YTL Foundation. Program ini memberikan telefon pintar percuma bersama data percuma selama setahun.

Adik Fatin telah memaklumkan kepada cikgunya mengenai perkara ini dan menjelaskan, dia mungkin tidak dapat menyertai kelas dalam talian kerana terpaksa berkongsi telefon pintar dengan adiknya.



Sehubungan itu, guru SBPI Temerloh, Haspul Nizam Deraman telah membuat kutipan derma bersama PIBG sekolah dan mendapatkan sebuah telefon pintar baru untuk adik Fatin. Ia adalah telefon pintar Vivo Y12s yang lebih berkuasa, bersama kad sim Digi dan data untuk sebulan.

Vivo Y12s memiliki cip Mediatek Helio P35, RAM 4GB dan storan 128GB. Skrinnya sebesar 6.51-inci dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Harga rasminya di Malaysia adalah RM699. Sudah pasti ia adalah naik taraf yang jauh lebih baik daripada Yes Altitude 3.

[Sumber: Lowyat.net, Facebook]

Bacaan Berkaitan

Kerajaan Perak edar telefon berkualiti rendah dan harapkan pencapaian berkualiti tinggi?
Telefon percuma Jaringan Prihatin untuk PDPR meletup
Xiaomi ganti telefon Yes Altitude yang meletup dengan Redmi Note 10 5G
Tags: Vivo Y12syes 4gyes altitude 3
Najib

Najib

POPULAR

Guru bantu murid ganti telefon Yes Altitude 3 yang meletup

Guru bantu murid ganti telefon Yes Altitude 3 yang meletup

19 June 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN