• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ezviz ada CCTV yang diperkasa bateri yang mampu tahan setahun lamanya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:12 pm
  • 21/06/2021
  • Komen
Ezviz ada CCTV yang diperkasa bateri yang mampu tahan setahun lamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda mencari sebuah CCTV yang mudah dipasang untuk kegunaan rumah, Ezviz BC1 ialah kamera keselamatan yang ada bateri cukup untuk operasi selama 1 tahun. Disebabkan ia mengugnakan tenaga bateri, gajet ini bebas kabel.

Berikut adalah harga Ezviz BC1:



  • 1 kamera + 1 pusat kawalan – RM549
  • 2 kamera + 1 pusat kawalan – RM879
  • 3 kamera + 1 pusat kawalan – RM1,229

Ciri paling menonjol padanya ialah bateri 12,900mAh yang katanya boleh berikan waktu penggunaan sehingga 1 tahun. Namun, berikut adalah parameter yang mereka gunakan untuk capai hayat sebegitu panjang:

  • Purata guna selama 5 minit sehari
  • Kamera diaktifkan 200 saat setiap hari
  • Live viewing selama 100 saat.

Daripada sudut spesifikasi, Ezviz BC1 hadir dengan sensor CMOS 2MP sebesar 1/2.8”. Ia boleh merakam video FHD sehingga 30fps. Apabila merakam video, ia menggunakan teknologi pemampatan video H.265 yang baharu untuk mengoptimumkan penggunaan ruang penyimpanan.



Unit kamera berhubung dengan pusat kawalan secara Wi-Fi dan semua suapan data video dihantar secara wayarles utuk direkod kedalam mikro-SD yang mampu ditampung sehingga 256GB luasnya.

Selain merakam video, kamera ini juga ada spaker dan mikrofon untuk komunikasi dua hala.

Daripada sudut ketahanan, pengeluarnya mengatakan yang uni kamera ada ketahanan debu dan air pada IP66.

Ada sejumlah fungsi pintar ada pada Ezviz BC1. Contohnya, fungsi mencetuskan notifikasi apabila terdapat pergerakan di dalam sudut pandang kamera. Dua unit lampu limpah pada kamera boleh membantunya melihat dalam gelap apabila perlu.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: CCTVCCTV Chinacctv vhinaezviz
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ezviz ada CCTV yang diperkasa bateri yang mampu tahan setahun lamanya

Ezviz ada CCTV yang diperkasa bateri yang mampu tahan setahun lamanya

21 June 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN