• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM300 Untuk Huawei P20 Selama 3 Hari Sahaja

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 25/04/2018
  • Komen
Huawei P20 dan P20 Pro atasi Galaxy S9 dan iPhoneX menjadi raja kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Hangat di internet kini tentang jualan ulangtahun ke-6 Lazada dan salah satu yang menerima tempias tersebut adalah telefon pintar Huawei P20. Anda boleh membeli Huawei P20 dengan diskaun RM300 kini di Lazada.

Telefon pintar dengan kuasa lensa Leica ini dijual kini di Lazada pada harga RM2,299 sahaja, berbanding harga asal RM2,599. Ia disenaraikan dengan jaminan Huawei Malaysia selama setahun, serta pemulangan semula ke Lazada dalam tempoh 14-hari.



Tiga warna ditawarkan oleh pekedai ini iaitu Hitam, Biru dan Merah Jambu.

Telefon pintar terbaru dari Huawei ini menampilkan dwi-lensa Leica untuk kamera belakang, gabungan sensor RGB 12MP F1.8 dan sensor monokrom 20MP F1.6. Kamera hadapannya pula 24MP yang menyokong tangkapan mod potret serta pencahayaan ala studio.



Kuasa pemprosesnya diuruskan oleh cip Huawei Kirin 970, dan digandingkan dengan 4GB RAM dan 128GB storan dalaman. Ia tiada slot kad mikroSD serta tiada port audio 3.5mm.

Bateri di dalam Huawei P20 berkapasiti 3,400mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 5V/4.5A melalui sambungan USB-C. Ia menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0.

Jangan terlepas mendapatkan Huawei P20 ini dengan diskaun RM300 ini. Ia mungkin tawaran terhad selama 3 hari dengan unit terhad. Segera ke Lazada untuk membeli.

Tags: HuaweiHuawei P20Lazada
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Huawei P20 dan P20 Pro atasi Galaxy S9 dan iPhoneX menjadi raja kamera

Diskaun RM300 Untuk Huawei P20 Selama 3 Hari Sahaja

25 April 2018
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN