• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

999GB Data Facebook percuma setiap hari dengan Hotlink

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 04/11/2017
  • Komen
999GB Data Facebook percuma setiap hari dengan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Xpax baru mengumumkan data Instagram 10GB percuma, di samping data Facebook 10GB percuma. Prabayar Digi pula melancarkan pelan Super Tererrr dengan internet tanpa had selama 12 jam setiap hari.

Hotlink nampaknya tidak ketinggalan dalam perang data ini, apabila menyediakan promosi baru yang memberikan 999GB data Facebook percuma setiap hari. Tapi yang kurang bestnya, ia hanya untuk pelanggan baru.



Pemberian 999GB data Facebook percuma ini diberikan kepada mereka yang membuat pembelian pek permulaan Hotlink FAST atau Super, di antara 2 November hingga 31 Disember 2017 sahaja. Pek permulaan ini harus juga diaktifkan sebelum 31 Disember, barulah pengguna layak menerima 999GB data Facebook percuma ini.

Bagaimanapun, ada satu lagi langkah perlu pengguna lakukan, iaitu melanggan mana-mana satu dari pelan internet di bawah:



  • Pas Internet Harian RM3
  • Pas Internet Mingguan RM10
  • Mana-mana pas internet bulanan RM35 dan ke atas

Kuota 999GB data Facebook ini meliputi bukan sahaja penggunaan aplikasi Facebook, malah ia termasuk aplikasi Facebook Messenger dan lebih penting lagi Facebook Video dan Facebook Live.

Untuk maklumat lanjut seperti terma dan syarat, layari laman web Hotlink Fast Facebook.

Tags: FacebookhotlinkHotlink FastHotlink Super
Najib

Najib

POPULAR

999GB Data Facebook percuma setiap hari dengan Hotlink

999GB Data Facebook percuma setiap hari dengan Hotlink

4 November 2017
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN