• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

LinkedIn akan hapus Stories pada hujung September, pengguna mahu fungsi video berbeza

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:42 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
LinkedIn akan hapus Stories pada hujung September, pengguna mahu fungsi video berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

LinkedIn telah memperkenalkan ciri Stories sejak tahun lalu. Pengguna boleh kongsi foto dan video melaluinya dan ia akan dipadam automatik selepas 24 jam, sama seperti Stories di platform lain. Namun, menurut Pengarah Kanan LinkedIn, ciri ini akan dihapuskan pada hujung bulan September. Ini bermaksud, LinkedIn akan mengikuti langkah Twitter yang telah menamatkan ciri Fleets pada Ogos lalu.

LinkedIn mendapati bahawa pengguna mahu sesuatu yang berbeza di platform itu, iaitu kebolehan memuat naik video yang kekal di profil dan tidak dipadam automatik seperti Stories. Dari situ, pengguna boleh kongsikan video berkaitan kepakaran dan kerjaya masing-masing.



Kedua, mereka juga mengesan bahawa pengguna mahu alat yang lebih kreatif untuk menghasilkan video yang menarik. Setakat ini, selain daripada menukar jenis font, pengguna juga boleh menggunakan pelbagai pelekat di Stories untuk menjadikan perkongsian lebih kreatif. Tetapi pengguna mahukan kaedah lain untuk menonjolkan video mereka dalam konteks profesional di seluruh platform.

Oleh itu, sebagai usaha menambahbaik fungsi video di LinkedIn, mereka mahukan cadangan dari pengguna. Mereka juga akan berusaha menghasilkan pengalaman lebih baik di situ.



Jika anda perasan, apabila pengguna akses LinkedIn melalui komputer, ciri Stories itu tidak ada dan ini merupakan salah satu kelemahannya. Perkara ini juga menjadikan pengguna kurang terlibat dengan Stories di LinkedIn. Tetapi, jika sesebuah video yang dimuat naik itu kekal di profil, sudah tentu pengguna akan lebih berhubung sesama mereka dan menggunakan ciri itu dengan kerap.

[Sumber: The Verge, LinkedIn]

Tags: linkedin
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LinkedIn akan hapus Stories pada hujung September, pengguna mahu fungsi video berbeza

LinkedIn akan hapus Stories pada hujung September, pengguna mahu fungsi video berbeza

1 September 2021
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN