• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter uji Safety Mod, automatik sekat individu komen kasar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:09 pm
  • 02/09/2021
  • Komen
Twitter uji Safety Mod, automatik sekat individu komen kasar
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter menguji ciri keselamatan baru dikenali sebagai Safety Mode (mod keselamatan). Mod ini akan menyekat sementara, akaun yang menghantar tweet berbahaya atau kasar kepada pengguna lain. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan aktiviti penyalahgunaan media sosial di platform itu seperti buli siber.

Apabila mod ini diaktifkan, Twitter akan menilai kewujudan perbualan negatif dengan melihat kandungan perbualan antara penulis dan individu yang membalasnya. Jika ada kandungan memudaratkan seperti penghinaan dan kata-kata kebencian, akaun individu yang menulis itu akan disekat selama tujuh hari. Tetapi akaun yang anda ikuti, atau sering berinteraksi tidak akan disekat di bawah mod ini.



Buat masa sekarang, Safety Mode diperkenalkan dalam versi beta kepada sebahagian kecil pengguna yang menggunakan Twitter dengan tetapan bahasa Inggeris. Pengguna yang terpilih boleh mengaksesnya melalui peranti Android, iOS dan pelayar web. Twitter juga rancang untuk meluaskan lagi versi ujian ini kepada pengguna lain, pada bulan yang akan datang.

Untuk ketahui sama ada anda terlibat dalam versi beta Safety Mode atau tidak, anda boleh lihat di bahagian tetapan, kemudian ke ‘Privacy and Safety’. Ciri Safety Mode akan ada di situ.



Dengan ciri ini, tweet negatif dapat dikurangkan dan individu juga dapat menulis di Twitter dalam keadaan baik tanpa sebarang gangguan.

[Sumber: TheVerge, Twitter]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Twitter uji Safety Mod, automatik sekat individu komen kasar

Twitter uji Safety Mod, automatik sekat individu komen kasar

2 September 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN