• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia boleh mula tebus penerbangan percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:08 pm
  • 24/09/2021
  • Komen
AirAsia tangguh naik taraf sistem hujung minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tempoh penerbangan bagi pemegang Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia telah tamat pada 30 Jun 2021 lalu. Namun kini, AirAsia mengumumkan bahawa pemegang pas ini boleh menebus penerbangan percuma, ke Langkawi atau mana-mana destinasi domestik untuk tempoh waktu tertentu. Ini merupakan satu peluang hebat untuk pemegang pas yang belum sempat melakukan penerbangan, berikutan pelaksanaan PKP yang lalu.

Penebusan ini hanya boleh dibuat untuk penerbangan dengan kod AK. Tempoh perjalanan ialah dari 11 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022. Tempahan perlu dilakukan 14 hari sebelum penerbangan dan tempoh tempahan hanyalah antara 27 September 2021 sehingga 27 Disember 2021.



Pemegang pas akan dimaklumkan melalui alamat emel berdaftar mengenai tawaran ini. Anda juga boleh klik pada ikon ‘Unlimited’ di aplikasi AirAsia atau layari airasia.com/unlimited untuk maklumat lanjut.   

Bagi menyediakan pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar kepada tetamu, AirAsia telah melaksanakan beberapa langkah inovasi teknologi tanpa sentuhan dan penambahbaikan untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang mudah dan lancar. Kini penumpang boleh menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui Aplikasi AirAsia dan perlepasan tanpa sentuhan menggunakan FACES. Penerbangan juga hanya dikendalikan oleh kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya.



Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia telah diperkenalkan pada pertengahan tahun lalu. Jika ada yang tidak dapat menggunakan pas ini sepenuhnya berikutan sekatan perjalanan, anda kini boleh mula gunakannya dan lakukan tempahan. Dengan pas ini, penumpang boleh terbang ke mana-mana 16 destinasi di Malaysia iaitu: Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaPas Tanpa Had AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
AirAsia tangguh naik taraf sistem hujung minggu ini

Pemegang Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia boleh mula tebus penerbangan percuma

24 September 2021
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER