• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia X20: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:11 am
  • 16/10/2021
  • Komen
Nokia X20: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

HMD Global telah melancarkan sejumlah 6 telefon baharu di Malaysia dan salah satu daripadanya adalah Nokia X20. Telefon ini telah dilancarkan di Eropah pada bulan April lepas dan ia boleh dikatakan telefon pintar dengan kuasa siri Snapdragon 400 termahal di pasaran.

Harga dan tarikh jualan

Harga rasmi Nokia X20 di Malaysi adalah RM1,599 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Buat masa ini ia terdapat dalam warna biru sahaja. Di Eropah, ia turut ditawarkan dalam warna perang.



Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan awal Nokia X20 menerusi Stor Rasmi Nokia di Shopee. Tempahan antara 14-18 Oktober 2021 akan menerima hadiah percuma berupa botol air edisi terhad “No Time To Die” dan dompet kad, sementara stok masih ada.

Nokia X20 akan mula dijual di Malaysia pada 25 Oktober 2021 di semua pengedar sah Nokia.



Spesifikasi Nokia X20

Pemproses keluaran Qualcomm, Snadpragon 480 5G menjadi penggerak utama Nokia X20. RAM pula disediakan sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan, di dalam slot hibrid bersama dua kad sim 5G.

Paparannya jenis LCD, berukuran 6.67-inci HD Penuh. Kadar penyegarannya hanya 60Hz dan memiliki tahap kecerahan setinggi 450 nits sahaja. Pengimbas capjari terdapat di sisi telefon, digabungkan dengan butang kuasa.

Telefon ini dibekalkan bateri berkapasiti 4,470mAh, menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Terdapat juga jek audio 3.5mm padanya dengan sistem bunyi mono dari bawah telefon.

Kamera Nokia X20 menggunakan kaca optik Zeiss sebagai lensa kamera. Di belakang, ia menggandingkan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 5MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula dibekalkan sensor 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Perkara paling menarik pada Nokia X20 adalah ia datang dengan jaminan selama 3 tahun. Ia datang bersama sistem operasi Android 11 dan HMD Global memberi jaminan kemaskini sistem operasi dan keselamatan selama 3 tahun, dijangka akan menerima kemaskini Android 12, 13 & 14.

Bacaan Berkaitan

Nokia X10 & X20, telefon pintar siri baharu dijamin 3 tahun kemaskini Android
Nokia cuba tiru Apple, tapi tak kena cara
Nokia XR20 kalis tendangan Roberto Carlos
Tags: Harga Nokia X20hmd globalNokiaNokia X20
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Nokia X20: Maklumat penjualannya di Malaysia

Nokia X20: Maklumat penjualannya di Malaysia

16 October 2021
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER