Seorang wanita dari Boston bernama Carli tertelan fon telinga AirPods kerana menyangka ia merupkan pil tahan sakit Ibuprofen. Perkara ini dikongsikan menerusi akaun TikToknya, iamcarliiib.
Kisah bermula ketika kedua-dua tangannya penuh dengan pelbagai barang, sebelah tangan ada fon telinga AirPods kiri dan sebelah lagi pil Ibuprofen 800mg. Dia kemudian menyimpan pil ke dalam bekas AirPods manakala fon telinga sebelah kiri tadi ditelan. Selepas dia minum air, baru dia sedar yang ditelan itu bukanlah pil tahan sakit. Dia cuba untuk muntahkannya, tetapi tidak berjaya.
Kesian, tetapi agak kelakar kerana fon telinga itu masih berfungsi walaupun ia berada di dalam perut. Carli ada berhubung dengan rakannya untuk memberitahu tentang tragedi itu melalui memo suara. Secara tidak langsung, rakannya itu juga dapat mendengar bunyi di dalam perut Carli.
Anda tertanya-tanya bagaimana bunyinya? Carli ada kongsikan audio itu menerusi video di bawah. Kedengaran suara Carli seperti bercampur dengan angin dan juga air. Bunyinya seakan sama dengan bunyi ketika wanita menjalani ujian ultrasound untuk pemeriksaan bayi.
Carli memberitahu bahawa fon telinga itu sudah tiada lagi di dalam perutnya dan dia telah menjalani X-Ray untuk mengesahkan perkara itu.
Jika dibandingkan saiz pil Ibuprofen 800mg dan fon telinga AirPods, nampak seperti fon telinga lebih besar dari pil. Kerana fon telinga mempunyai tempat pemegang yang panjang. Tetapi sekiranya individu yang sedang sakit kepala pegang dua item ini, sudah tentu boleh timbul kekeliruan kerana warnanya hampir sama.
Berdasarkan video yang dikongsikan Carli, kelihatan dia seperti menggunakan Apple AirPods Pro kerana bekas penyimpannya lebar, ada lampu, serta fon telinganya terdapat garis hitam panjang. Agak tersiksa juga tekak jika tertelan fon telinga ini. Jadi pengajarannya pastikan anda lihat dengan baik ubat di tangan, sebelum telan.
[Sumber: PhoneArena, 7news]