• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Celcom Mobile Family sediakan 1TB data untuk dikongsi bersama

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 30/05/2018
  • Komen
Pelan Celcom Mobile Family sediakan 1TB data untuk dikongsi bersama
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini melancarkan pelan khas keluarga yang dinaik taraf, Celcom Mobile Family bagi memudahkan keluarga berkongsi internet. Sehingga 125GB data tambahan boleh dikongsi sesama keluarga atau rakan.

Talian tambahan bagi pelan Celcom Mobile Family akan menerima 5GB data yang boleh dikongsi, 5GB Video Walla, akses VIP iflix, panggilan tanpa had serta WhatsApp dan WeChat tanpa had. Semua ini hanya RM48 sebulan.



Lebih besar pelan, lebih banyak talian Celcom Mobile Family boleh ditambah. Pelan Gold Plus boleh menambah sehingga 2 talian, pelan Gold Supreme sehingga 3 talian, pelan Platinum sehingga 4 talian dan pelan Platinum Plus sehingga 5 talian.

Celcom turut memberi 1TB Video Walla yang boleh dikongsi sesama semua talian yang mendaftar pelan Celcom Mobile Family. Antara platform strim video yang terdapat dalam Video Walla seperti YouTube, iflix, Netflix, Astro GO, Tonton.com.my, dailymotion dan dimsum.



Data terkumpul di dalam Celcom Mobile Family boleh ditetapkan hadnya atau dikongsi semua sesama semua talian, menggunakan aplikasi mudah alih Celcom Life yang baru. Aplikasi ini boleh dimuat turut di Apple Appstore atau Google Playstore.

Selain itu, Celcom menawarkan diskaun peranti yang boleh digabungkan. Sehingga RM3,000 diskaun peranti boleh diterima. Ia juga boleh diasingkan kepada RM300 diskaun peranti untuk setiap talian.

Bagi memiliki peranti lebih mudah, pelan Celcom Mobile Family juga boleh mendapatkan peranti melalui program ansuran Easyphone, dari serendah RM52 sebulan.

Pelan baru Celcom Mobile Family ini boleh dilanggan bermula 1 Jun 2018. Boleh lawati Celcom Bluecube atau rakan sah Celcom atau layari laman web www.celcom.com.my untuk maklumat lanjut.

Tags: celcomCelcom Mobile FamilyPelan Keluarga Celcom
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Celcom Mobile Family sediakan 1TB data untuk dikongsi bersama

Pelan Celcom Mobile Family sediakan 1TB data untuk dikongsi bersama

30 May 2018
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN