• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua

  • OLEH Najib
  • 9:55 am
  • 15/12/2021
  • Komen
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Agensi berita antarabangsa Reuters sekali lagi tampil melaporkan berita sensasi 5G di Malaysia. Kali ini mereka menyatakan bahawa empat syarikat telekomunikasi (telco) utama Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile telah menghantar cadangan kepada kerajaan supaya menubuhkan syarikat 5G kedua di samping Digital Nasional Berhad (DNB).

Cadangan ini mahu syarikat borong rangkaian 5G kedua ditubuhkan dan diuruskan oleh konsortium telco. Berdasarkan laporan pembentangan yang dilihat Reuters, telco mencadangkan dua rangkaian dijalankan selari tahun hadapan dan mengasingkannya mulai 2023. Ini untuk mempercepat pembangunan rangkaian, di samping memastikan adanya persaingan sihat untuk masa hadapan.



Dua syarikat ini akan menggunakan aset dan infrastruktur telco sedia ada untuk menyelaraskan pelancaran dan bekerjasama dalam masa 12-18 bulan pertama untuk mencapai pembangunan 5G lebh pantas di seluruh Malaysia, berbanding hanya satu pihak menjalankannya. Dikatakan juga bahawa telco terbuka untuk menerima cadangan yang membenarkan mereka memiliki saham di dalam DNB, serta mereka mahukan rancangan pembangunan 5G kerajaan yang lebih inklusif.

Bagaimanapun, Reuters juga menyatakan bahawa YTL Communications menolak cadangan ini dan menyokong rangkaian borong tunggal. Sementara itu, Telekom Malaysia (TM) pula mengatakan mereka menyokong apa sahaja keputusan yang diambil oleh kerajaan.



DNB akan melancarkan kesediaan rangkaian 5G mereka kepada orang ramai pada 15 Disember di lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. TM telah mengesahkan mereka akan menyertai ujian 5G percuma oleh DNB manakala YTL dijangka akan menyertainya tidak lama lagi.

DNB kini berusaha untuk mendapatkan kerjasama telco menandatangani perjanjian jangka panjang sebelum 31 Mac 2022. Mereka kini telah menawarkan perkhidmatan 5G percuma kepada telco sehingga 31 Mac 2022. Tetapi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan baru-baru ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan semula cadangan rangkaian borong tunggal oleh DNB dan akan membuat keputusan pada bulan Januari 2022.

Rangkaian borong tunggal dilihat sebagai langkah berisiko tinggi untuk membangunkan 5G kerana ia dilihat kurang berjaya dilaksanakan di negara-negara lain. GSMA baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang menerangkan bahawa persaingan infrastruktur akan memacu inovasi lebih pantas.

[Sumber: Reuters]

Bacaan Berkaitan

  • Kerajaan pertimbang untuk tukar model tunggal 5G DNB kepada model lama berbilang telco
  • DNB sedia 5G percuma selama 3 bulan mulai 15 Disember, tertakluk kepada kesediaan telco
  • Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB
Tags: celcomdigiDNBmaxisu mobileYESytl
Najib

Najib

POPULAR

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

Celcom, Digi, Maxis & U Mobile mahu kerajaan wujud syarikat 5G kedua

15 December 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN