KEMASKINI 15/12/2021 4.15pm – Hampir semua bank umum kenakan caj RM1 untuk keluar wang di mesin ATM bank lain tahun hadapan
CIMB pagi ini mengumumkan bahawa mereka akan mula mengenakan semula caj RM1 kepada pelanggan CIMB, yang mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bukan milik CIMB. Caj ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2022.
Pengguna CIMB masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mana-mana mesin ATM milik CIMB.
Dengan pengumuman CIMB ini, bank -bank lain dijangka akan membuat pengumuman yang sama tidak lama lagi. Pendek kata, caj RM1 mengeluarkan wang tunai di mesin ATM berlainan bank akan mula dikenakan semula pada 1 Februari 2022.
Pengecualian caj RM1 ini diberikan sejak bulan April 2020. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 akibat orang ramai bersesak dan berkumpul di mesin ATM yang sama, sedangkan ada mesin ATM bank lain berhampiran. Pada Oktober 2020, ia diumumkan akan diteruskan ke satu tarikh yang belum diketahui. Kini, kita sudah tahu tarikh akhirnya.
Kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian, dan telah memansuhkan caj penghantaran wang antara bank (IBFT) sejak tahun 2018. Malah, kerajaan juga telah memberikan pelbagai insentif untuk rakyat menggunakan dompet elektronik (eWallet) dengan pemberian RM30 pada awal 2020, RM50 pada akhir 2020 dan kredit eBelia RM150 pada 2021.
[Sumber: CIMB]
Bacaan Berkaitan
- Caj RM1 ATM berlainan bank dikecualikan bermula 6 April
- Pengecualian caj RM1 mesin ATM MEPS diteruskan ke satu tarikh yang belum ditetapkan
- Maybank mansuh caj RM1 pengeluaran tunai berlainan bank di ATM mereka
- Caj RM0.50 Pemindahan Segera Wang Antara Bank (IBFT) Dimansuh Bermula 2018
- Kredit eBelia RM150: Ini tawaran tambahan setiap eWallet
- Bantuan RM50 e-wallet akan diberikan pada hujung bulan Julai
- #Belanjawan2020: RM30 Secara One-off Untuk e-Wallet Anda