YouTube selaku penyedia platform mengehos video terbesar dunia mampu berbangga kerana mereka kini digunakan oleh pelbagai pihak untuk tujuan baik. Salah satunya adalah untuk memperkasa wanita dalam pelbagai sektor yang sebelum ini didominasi lelaki lebih-lebih lagi di Malaysia.
Tiga pemilik saluran YouTube terkenal di Malaysia telah dijemput untuk berkongsi pengembaraan mereka sejak awal menubuhkan saluran YouTube sehingga berjaya mengaut ramai pengikut setia. Mereka adalah:
- Leona Chin (Leona Chin 利念娜 Motorsports Athlete)
- Jenn Chia (SoImJenn)
- Linora Low (Linora Low)
Leona Chin adalah minoriti dalam arena sukan permotoran. Disebalik penampilan feminin, beliau menyertai banyak pertandingan lumba dan bersaing dengan lelaki lain.
Beliau menggunakan YouTube untuk berkongsi perjalanan beliau menjadi atlet sukan permotoran dan daripada YouTube jugalah beliau belajar cara untuk “drift”.
SoImJenn pada mulanya adalah saluran YouTube untuk Jenn Chia memuat naik video beliau menyanyi. Tetapi komen daripada penonton menyedarkan beliau yang mereka lebih sukakan Jenn bercakap berbanding menyanyi.
Hasilnya, semakin banyak video humor dimuat naik tidak kiralah dalam bentuk sitkom ataupun muzik.
Linora Low, disamping menjadi penyampai radio, beliau gemar melakukan aktiviti kecergasan. Menyedari tidak banyak wanita Malaysia yang terilbat dalam bidang ini secara professional.
Menyedari kekurangan ini dalam YouTube tempatan, beliau kini aktif memuat naik kandungan berkaitan kecergasan yang releven dengan penonton Malaysia.
Antara rangkuman nasihat daripada ketiga-tiga pemiliki saluran YouTube yang sempat dikongsikan mereka adalah seperti:
- Gunakan YouTube untuk belajar dan mengajar.
- Jadikan YouTube sebagai dairi ataupu buku skrap digital untuk mendokumentasikan minat anda kerana perkhidmatan ini percuma.
- Jangan takut dengan stereotaip kerana kita mungkin menjadi inspirasi kepada seseorang.
- Konsistensi amat penting supaya kita tidak hilang momentum dalam apa jua yang kita lakukan.
- Kekal utuh dengan pendirian supaya tidak mudah dipengaruhi pihak yang ingin mengambil kesempatan.