• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Flow Z13: Mesin gaming mudah alih paling berkuasa boleh anda beli

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:39 am
  • 07/01/2022
  • Komen
ROG Flow Z13: Mesin gaming mudah alih paling berkuasa boleh anda beli
Share on FacebookShare on Twitter

Saya biasa dengar telefon gaming tapi jarang-jarang dengar tablet gaming. Asus di CES 2022 telah menayangkan sebuah tablet berspesifikasi tinggi dalam keluarga Republic of Gamers mereka iaitu ROG Flow Z13. Spesifikasinya cukup tinggi untuk jalankan permainan AAA di luar sana dan dengan seberat 1.18kg, ia mungkin mesin gaming paling berkuasa dengan jisim sebegitu.

Dalam pakej tabket kompak itu, Asus menempatkan:



  1. Cip Intel sehingga Core i9-12900H
  2. RAM sehingga 16GB LPDDR5
  3. Storan sehingga 1TB NVMe
  4. Grafik sehingga RTX 3050 Ti

Namun, sekiranya lebih kuasa grafik diperlukan, terdapat port khas untuk Flow Z13 ini ditambat pada sebuah eGPU Asus XG Mobile.

Di bahagian muka, tablet ini memperagakan panel IPS sebesar 13.4” dengan resolusi sehingga 4K@60Hz ataupun FHD@120Hz. Bersama-sama dengan paparan, sepasang speaker dalam konfigurasi stereo disediakan dengan ciri Dolby Atmos.



Di bahagian belakang, kaki jenis kickstand seakan siri Surface menyangga badan tablet ini dan keyboardnya boleh ditanggal sekiranya tidak diperlukan. Antara port I/O yang akan ditemukan pada badan tablet adalah seperti:

  • 1 USB-C 3.2 Gen 2
  • USB-C Thunderbolt 4
  • Pembaca kad mikro-SD
  • Antara muka Asus XG Mobile
  • Jek audio 3.5mm

Membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik adalah bateri berkapasiti 56Whr dan dicas menggunakan pengecas 100W USB-PD.

Tiada maklumat harga dikongsikan untuk produk ini. Tapi untuk rujukan, produk yang hampir sama tahun lepas iaitu ROG Flow X13 dijual pada harga bermula RM6,499 ataupun RM13,499 jika dihimpunkan bersama GPU External RTX3080.

Bacaan berkaitan

Asus ProArt Studiobook 16 OLED: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

ASUS Vivobook OLED berkuasa RTX 3050 tiba di Malaysia – SoyaCincau.com

ROG Flow X13: Why you should care about this new gaming laptop – SoyaCincau

Tags: asusASUS ROGasus rog flow z13gamingtabletwindows
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
ROG Flow Z13: Mesin gaming mudah alih paling berkuasa boleh anda beli

ROG Flow Z13: Mesin gaming mudah alih paling berkuasa boleh anda beli

7 January 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER