• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Whatsapp

WhatsApp iOS lancarkan keupayaan dengar Voice Note di luar ruang sembang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:36 pm
  • 18/02/2022
  • Komen
WhatsApp iOS lancarkan keupayaan dengar Voice Note di luar ruang sembang
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, WhatsApp ada menguji keupayaan yang membolehkan Voice Note dari seseorang didengar di luar ruang sembang. Ia diuji pada peranti Android dan sudah berada di peringkat Beta pada bulan lalu. Tetapi nampaknya, pengguna Android masih belum dapat gunakan ciri itu sehingga kini. Menariknya, ciri tersebut telah dilancarkan kepada semua pengguna iOS.

WhatsApp versi 22.4.75 membolehkan pengguna memainkan Voice Note dan fail audio di luar ruang sembang. Dengannya, anda boleh mula dengar mesej audio dari seseorang, sambil beralih ke ruang sembang lain untuk membalas mesej. Kebolehan ini juga boleh ditemui jika anda gunakan WhatsApp melalui komputer.



Keupayaan di iOS ini hadir selepas beberapa fungsi penting diumumkan oleh WhatsApp pada versi 22.2.75. Salah satunya ialah, kebolehan untuk pengguna pause rakaman Voice Note yang sedang dirakam, kemudian boleh dengarnya semula dan sambung kembali merakam suara sebelum hantarnya kepada penerima.

Selain itu, apabila ada notifikasi WhatsApp, gambar profil pengirim mesej akan dipaparkan di Lock Screen iPhone. Dalam masa yang sama, versi ini turut menambah sokongan kepada mod Focus. Melaluinya, kenalan terpilih masih boleh menghantar mesej kepada anda walaupun anda telah hidupkan mod Focus.



Jika anda ingin cuba semua ciri ini, pastikan anda telah muat turun versi terkini WhatsApp di App Store. Jika fungsi ini masih belum tersedia, anda perlu tunggu sedikit masa lagi kerana WhatsApp melancarkannya kepada semua pengguna secara berfasa.

[Sumber: 9TO5Mac]

Bacaan berkaitan

  • Whatsapp mahu buang sekatan nota suara, boleh didengar di luar bilik sembang
  • WhatsApp makan banyak kuota Internet jika anda lalai, ini cara untuk banterasnya
  • WhatsApp bangunkan perlindungan tambahan ini untuk versi desktop & web
Tags: iOSwhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
WhatsApp iOS lancarkan keupayaan dengar Voice Note di luar ruang sembang

WhatsApp iOS lancarkan keupayaan dengar Voice Note di luar ruang sembang

18 February 2022
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN