• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan SSD Kingston murah murah, diskaun hingga 54%

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 14/06/2018
  • Komen
Storan SSD Kingston murah murah, diskaun hingga 54%
Share on FacebookShare on Twitter

Storan SSD sememangnya lebih berprestasi tinggi berbanding cakera keras biasa. Kerana itu bertukar storan ke SSD adalah satu pilihan terbaik untuk menaik taraf prestasi komputer atau laptop anda. Cuma harganya agak mahal berbanding cakera keras.

Tetapi jika anda mahu membeli storan SSD dengan harga yang lebih rendah dari biasa, anda boleh membelinya di Shopee. Salah satu penjual di Shopee kini menawarkan storan SSD jenama Kingston dengan diskaun sehingga 54%.



SSD yang ditawarkan adalah model A400 dari Kingston. Harga dan kapasti yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kingston A400 120GB – RM299 RM113
  • Kingston A400 240GB – RM399 RM215
  • Kingston A400 480GB – RM699 RM379

Model 120GB memiliki kelajuan menulis sehingga 320MB/s manakala model 240GB pula lebih pantas, sehingga 350MB/s. Model yang lebih besar, 480GB mampu menulis sehingga 450MB/s. Ia adalah storan SSD kelas permulaan tetapi memiliki prestasi yang jauh lebih baik dari cakera keras biasa. Boleh semak maklumat lanjut tentang SSD ini di laman produk Kingston A400.



Tawaran SSD di Shopee ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Anda boleh menggunakan baucer untuk menambah lagi potongan harga. Gunakan kod MONOVIBQ3 untuk diskaun RM3 dengan pembelian minima RM60, dan kod MONOVIBQ5 pula untuk diskaun RM5 dengan pembelian minima RM200.

Storan SSD Kingston A400 hadir dengan jaminan selama 3 tahun dan mereka menawarkan penggantian 1-ke-1 jika terdapat masalah dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian. Pembelian SSD ini juga turut memberikan hadiah percuma berupa pemutar skru, selagi stok masih ada.

Jika berminat, sila lawati Kedai Shopee ini untuk membeli storan SSD pada harga yang lebih rendah dari biasa.

Tags: KingstonKingston A400ShopeeSSDSSD murah
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Storan SSD Kingston murah murah, diskaun hingga 54%

Storan SSD Kingston murah murah, diskaun hingga 54%

14 June 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN