• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:59 pm
  • 04/03/2022
  • Komen
Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang cari telefon dengan spesifikasi flagship bawah RM3,000, Motorola ada jawapannya. Setakat hari ini, masih belum ada telefon dengan spesifikasi setara Motorola Edge 30 Pro miliki harga lebih rendah daripadanya.

Harga Motorola Edge 30 Pro di Malaysia

Pada harga RM2,699 anda boleh dapatkan Motorola Edge 30 Pro yang ada storan 256GB. Ia boleh didapati melalui tempahan awal sama ada di Shopee ataupun Lazada. Lebih menarik, anda akan terima rebat RM100 keatas harga telefon untuk jadikan jumlah yang anda bayar jadi lebih rendah.



Selain Motorola Edge 30 Pro, beberapa bulan sudah Motorola turut ada melancarkan Motorola Edge 20 Pro yang diperkasa Snapdragon 870.

Spesifikasi Motorola Edge 30 Pro

Secara asasnya telefon ini adalah Motorola Edge X30 yang cuma dijual di China tapi dengan beberapa perbezaan.



Bahagian muka Motorola Edge 30 Pro dilengkapi panel paparan OLED FHD+ sebesar 6.7” yang kadar segar semulanya boleh mencapai 144Hz. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888 Gen 1 bersama-sama RAM LPDDR5 sebesar 12GB. Walaupun diiklankan boleh menerima input daripada stailus, tiada pula maklumat tentang penjualan aksesori itu untuk pasaran Malaysia.

Di jabatan pengimejan, telefon ini menggunakan konfigurasi tiga kamera belakang dan satu kamera depan. Bermula dari bahagian belakang, ia ada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP, dan kamera FOV 2MP. Kamera selfienya adalah 60MP, antara yang tertinggi dalam industri untuk kategori kamera depan.

Bahagian audio telefon ini juga menarik. Ia ada speaker stereo untuk dipadankan dengan paparan cantiknya tapi jek audio 3.5mm tidak kelihatan. Malangnya, telefon flagship ini tidak hadir dengan tahap kekalisan IP68, ia cuma berada di paras IP52

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,800mAh dengan teknologi pengecasan pantas 68W. Ia juga boleh dicas wayarles pada kadar 15W dan fungsi pengecasan berbalik pada kadar 5W.

Motorola Edge 30 Pro adalah telefon untuk anda, sekiranya Samsung Galaxy S22 berada di luar bajet anda dan pada masa yang sama anda malas untuk menunggu ketibaan Xiaomi 12.

Tags: androidMotorolamotorola edge 30 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia

Motorola Edge 30 Pro, telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah boleh anda dapati di Malaysia

4 March 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN