• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony dikhabar sedang bangunkan sensor 50MP 1/1.1″, IMX800

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:24 am
  • 28/03/2022
  • Komen
Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

Xiaomi 12 Pro

Share on FacebookShare on Twitter

Sony dikhabarkan sedang bangunkan satu sensor kamera untuk telefon pintar yang diberi nama Exmor IMX800. Menariknya tentang sensor ini adalah ia berada dalam kategori saiz 1/1.1” dan beresolusi 50MP. Untuk perspektif, saiz sensor ini hanya hampir 9% lebih kecil daripada sensor yang ada pada kamera telefon Sony Xperia Pro-I, Leica Leitz Phone 1, dan Sharp Aquos R6.

Spekulasi kuat menyatakan yang Xiaomi 12 Ultra kan memanfaatkan sensor ini pada kamera utamanya.



Memiliki sensor besar dalam telefon pintar tidaklah selalunya bagus. Contohnya, Sony Xperia Pro-I dibanggakan Sony kerana ada sensor 1”, sensor yang sama digunakan pada barisank amera RX. Namun, dalam pneggunaan dunia sebenar, telefon hanya membaca data daripada permukaan 12MP sahaja sedangkan sensor itu miliki resolusi setinggi 20.1MP.

Lensa kamera pada telefon tidak cukup tebal untuk memfokuskan cahaya ke atas sensor bagi mengekalkan kenipisan telefon sedangkan di kamera, Sony tiada kekangan ruang dan boleh memasukkan pelbagai lapisan lensa untuk tujuan tersebut.



Jadi dalam kes Xiaomi, saya jangkakan perkara yang sama akan berlaku ataupun Mi 12 Ultra hadir dengan bonjolan kamera supertebal.

Sumber: GSMArena

Bacaan berkaitan

Sony Xperia Pro-I: Maklumat penjualannya di Malaysia – SoyaCincau.com

Leica hasilkan telefon sendiri, harga sekitar RM7,000 – SoyaCincau.com

Sharp Aquos R6 ada kamera belakang seperti sebuah kamera aksi ditampal padanya – SoyaCincau.com

Tags: imx800Sonysony exmorsony imx800
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Xiaomi 12 akan dilancar global pada 15 Mac, termasuk pasaran Malaysia

Sony dikhabar sedang bangunkan sensor 50MP 1/1.1″, IMX800

28 March 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER