• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi murah-murah di jualan Singles Day 11.11

  • OLEH Najib
  • 9:13 pm
  • 10/11/2017
  • Komen
Xiaomi murah-murah di jualan Singles Day 11.11
Share on FacebookShare on Twitter

Mi Malaysia tidak ketinggalan menyertai kehangatan jualan Singles Day pada 11 November esok dengan diskaun yang luar biasa buat beberapa produknya yang terpilih. Selain itu, dua model baru telefon pintar akan turut membuat kemunculan pertamanya.

Diumumkan ketika pembukaan stor premium Xiaomi di Suria KLCC, Mi MIX 2 dan Redmi Note 5A akan boleh mula ditempah pada 11 November. Mi MIX 2 membawakan prestasi telefon pintar flagship dengan skrin nirbingkai berukuran 5.99″. Manakala Redmi Note 5A Prime pula adalah versi naiktaraf dari Redmi Note 5A, dengan cpu, kamera, RAM dan storan dipertingkat.



Mi MIX 2 hanya dibuka tempahan dari 11 – 13 November dan boleh mula dibeli pada 16 November pada harga RM2,199. Manakala Redmi Note 5A Prime boleh terus dibeli pada 11 November dengan harga RM699, malah disertakan hadiah percuma berupa Mi In-Ear Headphones Basic, tempered glass dan casing telefon.

Perkara paling menarik sudah pasti diskaun khas sempena 11.11 ini. Ada tiga peranti Xiaomi yang dijual lebih murah dari biasa iaitu Redmi 4A, Mi Note 2 dan juga Mi Box.



Redmi 4A boleh dibeli pada harga RM299, diskaun sebanyak RM130 dari harga asal RM429. Manakala Mi Note 2 dipotong harga dari RM2,499 kepada RM1,599 sahaja.

Mi Box, set kotak tv Android keluaran Xiaomi akan dijual pada harga RM279, potongan harga sebanyak RM70 dari harga asal RM349.

Jika anda memang mensasarkan untuk memiliki salah satu dari produk Xiaomi yang menerima tawaran istimewa ini, jangan ketinggalan untuk membelinya pada 11 November nanti. Ia akan dijual menerusi stor rasmi Xiaomi di Lazada.

Pautan terus kepada produk tersebut boleh diklik di bawah ini:

  • Mi MIX 2 – RM2,199
  • Redmi Note 5A Prime – RM699 (percuma tiga hadiah)
  • Mi Note 2 – RM1,599
  • Redmi 4A – RM299
  • Mi Box – RM279
Tags: 11/11LazadaMi StoreSingles Dayxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Xiaomi murah-murah di jualan Singles Day 11.11

Xiaomi murah-murah di jualan Singles Day 11.11

10 November 2017
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN