• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Blue Cube disuntik nafas segar buat keselesaan pengguna

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 30/11/2017
  • Komen
Blue Cube disuntik nafas segar buat keselesaan pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini memperkenalkan cawangan pertama Blue Cube dengan konsep baru, di mana ia akan diperluaskan lagi ke semua Blue Cube di seluruh Malaysia. Taman Segar, Cheras telah dipilih sebagai cawangan pertama konsep baru ini diperkenalkan.

Objektif utama konsep baru di Blue Cube ini adalah untuk memberi pengalaman yang lebih memuaskan kepada pengunjung. Suasana yang lebih mesra, tidak formal tanpa kerusi menunggu dengan pengalaman membeli-belah yang konsisten di semua cawangan, akan boleh dinikmati orang ramai yang melawat Blue Cube berkonsep baru.



Rekaan baru ini adalah perubahan paling drastik dibuat Celcom sejak ia membuka stor konsep pertamanya pada tahun 1994. Sebanyak 61 cawangan Blue Cube dan Celcom di seluruh negara akan menerima reka bentuk Blue Cube yang baru menjelang tahun 2018.

Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Ketuga Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata, Michael Kuehner bersama Ketua Khidmat Pelanggan, René Werner.



 René (kiri) dan Michael (kanan) di Blue Cube Taman Segar

Pengunjung boleh meluangkan masa untuk bermain permainan konsol yang disediakan, atau menonton pengenalan produk baru menerusi layar besar. Perkhidmatan pencetak 3-Dimensi turut disediakan.

René turut berkongsi tentang perancangan masa depan Blue Cube. Celcom akan meletakkan mesin layan diri yang membolehkan pengguna mendapatkan sendiri kad sim, sambil membuat bayaran bil secara tunai atau kad.

Celcom juga akan menaik taraf sistem pembayaran di kaunter dengan teknologi pembayaran terbaru seperti Samsung Pay, serta Boost yang dihasilkan sendiri oleh Axiata Digital.

Pembaharuan Blue Cube ini merupakan sebahagian dari transformasi yang dilakukan Celcom bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Celcom baru-baru ini telah memenangi ‘Anugerah Kepuasan Pelanggan Terbaik‘ dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagi meningkatkan lagi mutu khidmat pelanggan, Celcom turut menjalankan program transformasi Digital Jam serta melancarkan hab ‘Social Media Experience‘ atau smEX bagi mendekati dan menyelami isi hati pengguna di media sosial dengan lebih dekat.

Tags: blue cubeBlue Cube barucelcomCelcom Blue Cube
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER