• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HUAWEI Mate 10 Pro menjambukan diri demi cinta

  • OLEH Najib
  • 2:18 pm
  • 06/02/2018
  • Komen
HUAWEI Mate 10 Pro menjambukan diri demi cinta
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun Baru Cina adalah masa yang bagus untuk jenama mempromosikan produk mereka, apatah lagi memperkenalkan sesuatu yang baru. Kerana itu HUAWEI tidak melepaskan peluang untuk melancarkan warna baru buat peranti terbaik mereka, HUAWEI Mate 10 Pro.

Bersempena Tahun Baru Cina serta Hari Valentine yang disambut bulan ini, Huawei Malaysia memperkenalkan warna Pink Gold atau emas merah jambu untuk HUAWEI Mate 10 Pro. Ia adalah warna ketiga buat telefon pintar ini selepas dilancarkan dalam warna Mocha Brown dan Midnight Blue.



Bagaimanapun, warna Pink Gold ini dijual dalam kuantiti terhad, dan mula dijual bermula pada 8 Februari 2018. Harganya kekal sama, iaitu RM3,099 termasuk GST. Khas sempena perayaan yang bakal tiba nanti, HUAWEI turut memberi hadiah percuma buat pembeli Mate 10 Pro, bernilai RM499.

HUAWEI Mate 10 Pro adalah telefon terbaik Huawei masa kini. Ia juga adalah telefon pintar pertama HUAWEI dilengkapi pemproses Kirin 970 dengan kecerdasan pintar (AI). Ia tambah berkuasa dengan RAM sebanyak 6GB bersama storan dalaman 128GB.



Kehebatan Mate 10 Pro lebih menyerlah di ruangan kamera, apabila ia menggunakan dwi-lensa Leica monokrom 20MP dan warna 12MP. Ia digandingkan lagi dengan skrin nirbingkai OLED 6.0-inci dengan nisbah 18:9.

Jika warna merah jambu adalah kegemaran anda, jangan terlepas untuk mendapatkan HUAWEI Mate 10 Pro Pink Gold ini pada 8 Februari, samada di laman web Vmall.my atau dari pengedar sah HUAWEI di seluruh Malaysia.

Atau jika anda berminat dengan telefon pintar berwarna merah, apa kata jenguk adik kepada Mate 10 iaitu honor View10 Red Crush yang juga akan mula dijual pada 8 Februari kelak.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHUAWEI Mate 10 Prohuawei mate 10 pro malaysia
Najib

Najib

POPULAR

HUAWEI Mate 10 Pro menjambukan diri demi cinta

HUAWEI Mate 10 Pro menjambukan diri demi cinta

6 February 2018
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN