Lensa ketiga Huawei P20 mungkin sebesar 40MP

Sudah banyak khabar angin berkaitan Huawei P20 yang akan dilancarkan minggu hadapan, antara yang ketara adalah tiga kamera di belakang. Masih samar-samar tentang kemampuan tiga kamera ini tetapi berita terbaru tentangnya nampak menakjubkan.

Jika anda mengenali telefon pintar Nokia Lumia 1020, sudah pasti anda tahu tentang kehebatan kamera 40MP padanya. Huawei P20 mungkin akan mengulangi sejarah ini.

Laman WinFuture yang sering mendedahkan berita yang tepat, menyatakan tiga kamera belakang Huawei P20 Pro adalah gandingan sensor Leica 20MP monokrom, 8MP 5x zum hibrid dan 40MP warna. Adakah ia lensa Leica serba baru?

Kita juga dapat melihat lensa ketiga pada Huawei P20 Pro adalah lensa telefoto 8MP, di mana ia berkeupayaan sehingga 5x zum hibrid, berkemungkinan mempergunakan zum optikal 3x (27-80) seperti mana yang terdapat pada label spesifikasi kamera belakang yang kami maklumkan sebelum ini di sini.

Tetapi mengapa ia masih memerlukan lensa telefoto jika benar ia memiliki lensa utama 40MP? Ini kerana sebahagian gambar boleh dikerat dari gambar 40MP yang besar itu, kepada gambar 8MP menjadikannya seperti lensa zum. Lebih jimat ruang menggunakan dua kamera dari tiga kamera kan?

Soalan lebih penting, mampukah tiga lensa kamera Huawei P20 Pro ini memberikan kualiti gambar lebih baik, terutama kepada peranti baru seperti Samsung Galaxy S9 dan Apple iPhone X? Jawapan penuh untuk persoalan ini hanya boleh diberikan selepas majlis pelancaran Huawei P20 pada hari Selasa depan, 27 Mac 2018.

BACA  Tanda Aras CPU Snapdragon Terhebat Muncul Di Antutu

[Sumber: WinFuture]